'Selamat jadi ibu bapa'. Video pemeriksaan doktor tular, CEO pusat perubatan beri bayangan Uqasha Senrose hamil?
PASANGAN pelakon, Kamal Adli dan Uqasha Senrose menjadi sebutan ramai di laman sosial selepas tular sebuah video memaparkan mereka di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.
Video berdurasi 11 saat itu yang dimuat naik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Kajang Plaza, Datuk Saroni Judi yang mengalu-alukan kehadiran pasangan berkenaan.
Bagaimanapun, kapsyen video berkenaan memberikan bayangan berita gembira pelakon itu sedang berbadan dua.
"Selamat datang Kamal dan Uqasha, selamat menjadi ibu bapa," kongsinya.
Hantaran berkenaan menimbulkan tanda tanya warga maya. Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada kenyataan daripada pihak Kamal Adli dan Uqasha.
Sepanjang dua tahun berkahwin, pasangan itu telah diuji dua kali keguguran.
Baca juga: 'Mungkin bukan rezeki lagi... Uqasha sebak kongsi diuji 2 kali keguguran, 6 info wanita perlu tahu
Baca juga: Kerap digandingkan bersama, Kamal Adli mahu beri peluang Uqasha dengan hero lain
Kamal Adli, 37, dan Uqasha, 31, mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam acara tertutup di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang