PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitip ucapan istimewa kepada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau lebih dikenali Datuk K sempena ulang tahun kelahiran.

Ibu kepada sepasang cahaya mata itu menerusi hantaran di Instagram (IG) memuat naik beberapa keping foto bersama suaminya. Menerusi kapsyennya, beliau menyelitkan doa buat suami tersayang.

“Selamat Ulang tahun kelahiran sayang..

“Semoga bertambah keimanan, keberkatan, rezeki yang berkah,sihat tubuh badan dan sentiasa di bawah lindungan ALLAH SWT.. Aaminn ya rabb,” katanya.

Menjengah ruangan komen IG, warga maya termasuk rakan artis seperti Ella, Zarina Zainuddin, Sharifah Shahirah turut meninggalkan komen berupa ucapan hari lahir buat Datuk K.

Ada juga mendoakan kehidupan rumah tangga pasangan berkenaan bahagia hingga ke jannah.

“Semoga diberkati umurnya, dikurniakan kebahagiaan serta sentiasa dalam jagaan dan lindungan-NYA. Happy birthday Datuk K. Jaga our @ctdk elok-elok ya,” kata Afeeyaafreenaz.

Baca juga:‘Orang lawa pakai apa pun cantik.’ Gelagat Siti Nurhaliza & anak-anak di pasar malam raih pujian. Simple & humble!

“Bersemut skrin handphone kita, Selamat hari lahir Datuk K. Semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa berkasih sayang hingga ke Jannah bersama Queen @ctdk,” kata Annamariana1989.

“Selamat hari lahir, Datuk Khalid! It is so comforting to see such happy smiles on such a loving couple. Your happiness does nurture our hearts with Love!,” kata salah seorang pengguna.

“Selamat hari lahir, Datuk Khalid, semoga berkah usianya dalam kesihatan dan ketaatan,” kata Zaazifa.

Iklan

Baca juga:‘Terima kasih akak polis.’ Warganet sebak Lans Koperal Siti Sarah mandikan anak tahanan autisme, sayu terbayang zuriat sendiri

Dalam rekod, Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga bersama Datuk K pada Ogos 2006.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya dan Afwa.

Iklan

Setakat artikel ini ditulis, hantaran berkenaan meraih lebih 25,000 like dan 288 komen.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!