‘TERIMA kasih akak polis.’ Demikian antara titipan warga maya kepada anggota polis, Lans Koperal Siti Sarah Ariffin selepas fotonya tular di laman Facebook Friends Of PDRM.

Ketulusan hati ibu kepada dua anak lelaki itu menyentuh hati ramai apabila secara sukarela membersihkan seorang kanak-kanak yang mana ibunya menjadi tahanan polis. Atas dasar kemanusiaan, si kecil itu diberikan layanan sebelum diserahkan kepada pihak berwajib.

“Kejadian berlaku jam 8.40 malam pada Jumaat lalu apabila kanak-kanak terbabit dibawa seorang lelaki setelah ibunya ditahan di Cheras, Kuala Lumpur atas kesalahan jenayah komersial dan dibawa ke Penjara Bentong.

“Walaupun bukan anak sendiri. Sudah menjadi tanggungjawab kepada anggota di balai polis untuk menyediakan segala kemudahan kepada anak berikutan ibunya telah ditangkap di bawah kesalahan jenayah komersial.

“Kebajikan anak tetap terjaga sebelum dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kredit kepada anggota Balai Polis Bentong. Polis dan masyarakat berpisah tiada,” titip laman sosial berkenaan.

Baca juga: Kreatifnya ‘abang polis’ cipta resipi Cream Puff Cendol. Sebiji macam rasa cendol asli

Baca juga: ‘Terbaik abang polis.’ polis trafik kendong warga emas pengsan tepi jalan, warganet tersentuh

Menerusi laporan wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi, kanak-kanak berkenaan autisme tidak boleh bertutur itu tiba dalam keadaan tidak terurus.

Melihat sahaja susuk tubuh si kecil, naluri keibuan anggota polis berusia 35 tahun itu tersentuh dan sayu.

Tanpa melengahkan masa, beliau membersihkan serta memandikan kanak-kanak terbabit selepas beberapa helai pakaian baharu dan lampin pakai buang yang dibeli Koperal Ahmad Fathi Abdillah.

“Saya kesian bila lihat keadaannya dan bayangkan anak-anak sendiri di rumah. Dengan pampers pun tidak ditukar beberapa hari. Selain bersihkannya, saya juga suapkan makanan dan minuman.

“Saya tidak sedar masa membersihkan kanak-kanak itu, gambar dirakam dan kemudiannya tular di Facebook pada Selasa,” kongsinya.

Baca juga: ‘Ku balas pertolongan dengan pernikahan.’ Mamat Sepah imbau pertemuan pertama, sambut anniversary ke-7 dengan Cik Polis

Baca juga: Wanita mangsa keganasan jangan takut, laporan polis boleh buat di mana sahaja seluruh Malaysia

Keprihatinan Siti Sarah terhadap si kecil tidak terhenti di situ. Si cilik yang kemudiannya dibawa pulang lelaki untuk diserahkan kepada JKM dan polis wanita itu menghubungi lelaki berkenaan setiap hari bertanyakan keadaannya.

“Rasa risau sangat dan hanya lega bila dimaklumkan kanak-kanak itu sudah diserahkan kepada JKM,” ujarnya.

Enam tahun berkhidmat dalam balai berkenaan, wanita itu mengakui ada kenangan yang tidak dapat dilupakannya. Ketika itu, beliau dan rakan menjaga dua kanak-kanak warga asing yang ditahan bersama ibu mereka.

“Selama beberapa minggu, saya dan anggota lain bergilir-gilir menjaga kanak-kanak itu di lokap, belikan makanan dan syukur mereka tidak memberikan masalah seolah-olah memahami keadaan ibu mereka,”imbaunya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar memberitahu, warga Polis Bentong digalakkan untuk membuat “One Good Deed A Day” pada setiap masa sama ada dalam tugas ataupun tidak.

Iklan

Warga maya tersentuh dengan perkongsian itu memuji tindakan Siti Sarah dan Ahmad Fathi berharap nilai murni yang ditunjukkan menjadi contoh.

– “Tak kiralah apa pekerjaan kita, jika berkaitan kanak-kanak memang perasaan sebak akan timbul dalam naluri seorang wanita. Terima kasih PDRM.”

– “Terima kasih akak polis’ Semoga akak cepat naik pangkat dan dimurahkan rezeki selalu Aamiin.”

– “Kebajikan yang tidak diperkatakan. Syabas #PDRM.”

– “Ya ALLAH, permudahkan segala urusan anak kecil ni. Dia masih kecik tak tahu apa pun. Semoga akak polis ni diberkati Allah SWT dipanjangkan umur. Budak tu tak bersalah.”

– “Alhamdulillah atas khidmat dan jasa yang dicurahkan.”

Iklan

– “Syabas, mudah-mudahan ALLAH memberkati Puan atas sifat ihsan ini. ”

– “Terima kasih kepada puan dan rakan yang membelikan anak ini pampers dan memandikannya. Semoga ALLAH merahmati kalian.”

Sumber: Sinar Harian (Rosilawati Rosedi), Friends Of PDRM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!