Sempat bertemu dan berbincang, setuju berpisah cara baik, momen Puteri Sarah, Syamsul Yusof di mahkamah jadi perhatian

A
A
A

Sempat bertemu dan berbincang, setuju berpisah dengan baik, detik manis Puteri Sarah, Syamsul Yusof jadi perhatian

BERKAH bulan Ramadan, pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bersetuju untuk berpisah dengan baik selepas usaha untuk berdamai menemui kegagalan.

Ibu bapa kepada sepasang cahaya mata, Shaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, itu menjadi perhatian selepas foto mereka berdua berlegar di laman sosial. Warganet mengakui tersentuh.

Baca juga: Padu! Sejuk hati baca nasihat Dr Zulkifli untuk Syamsul dan keluarga, netizen tak terkecuali

- “Suka pasangan ni berdiri sama tggi, duduk sama rendah, sama cantik sama bijak. Mereka daripada keturunan yang baik-baik. Semoga bahagia dengan jalan masing-masing.”

- “Harapan saya nak lihat mereka berdua bersama semula namun kehendak ALLAH, tidak ada siapa pun yang boleh melawan takdir. Semoga bahagia dengan cara masing-masing.”

- “Puteri Sarah dan Syamsul, bersabar mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.”

- “Kenapa aku pulak yang sebak?”

Baca juga: ‘Moga dua isteriku tenang.’ Kongsi gambar Puteri Sarah, Ira Kazar, hantaran Instagram Syamsul Yusof jadi perhatian

Berikut adalah perkembangan terbaru kes pasangan itu:

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam dan Sumayyah.

1-Peguam Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan pasangan itu telah bertemu dan berbincang pada malam Ahad bertujuan mengetahui keputusan rundungan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

2-Menerusi pertemuan itu, Syamsul dan Puteri Sarah mencapai kata sepakat untuk berpisah dengan baik.

3-Akberdin menerangkan tarikh baru ditetapkan ialah pada 18 Mei bagi kedua-dua belah pihak mendapat kesepakatan mengenai terma yang sudah dibincangkan dan juga lafaz cerai.

4-Kata Akberin, rekod ini akan diadakan di Mahkamah tinggi dan Mahkamah Rendah kerana ia juga melibatkan isu hadhanah anak.

5-Hadanah anak adalah bidang kuasa mahkamah tinggi. Selepas selesai sahaja lafaz cerai, mereka akan ke Dewan Mahkamah Tinggi bagi rekod isu hadanah dan akan jadikan perintah mahkamah.

6-Puteri Sarah turut meluahkan rasa syukur dan lega permohonan perceraian yang telah diajukan sebelum ini sudah dipersetujui oleh suaminya, Syamsul mengikut syarat yang akan dibentangkan pada 18 April ini.

7-Manakala peguam Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais berkata salinan draft perjanjian penyelesaian penceraian telahpun diberikan kepada pihak Sarah untuk persetujuan yang merangkumi semua hak-hak isteri selepas bercerai, hadanah, nafkah anak dan termasuk juga sebutan kes nusyuz yang difailkan oleh Syamsul terhadap isteri pertamanya sebelum ini.

8-Hakim menetapkan tarikh 18 April, untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.

9-Pada 6 Januari, Syamsul mengakui sudah menikahi wanita Ira Kazar di Thailand.

10-Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai daripada Syamsul pada 16 Januari.

11-Pada 7 Mac, mahkamah kemudiannya memerintahkan pasangan itu untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

12-Syamsul kemudiannya memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada 21 Mac lalu.

Baca juga: Penceraian hakam jalan terakhir suami enggan lafaz talak, 20 fakta wanita perlu tahu

Sumber: Sinar Harian, OfficialHlive, TikTok Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca