PEMERGIAN pelakon Allahyarham Jaafar Onn antara berita duka dunia seni tanah air.

Allahyarham Jaafar atau nama penuhnya Jaafar Onn Awang cukup disenangi dan terkenal dengan sikap suka membantu.

Manakan tidak, usai pemergiannya pagi tadi ramai selebriti yang mengimbas kembali jasa baik dicurahkan Allahyarham selama ini.

Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi sebak mengimbas kembali jasa dan momen
terakhir Allahyarham.

Baca juga: Jaafar Onn meninggal dunia pada usia 72 tahun

Baca juga: Sayu perjalanan terakhir Jaafar Onn, pemergiannya undang air mata rakan selebriti. ‘Album pertama tahun 1985, arwah sediakan baju saya’

“Semua yang mengenalinya di dalam insudtri akan memanggilnya papa. Hubungan kami seperti bapa dan anak, sangat rapat.

“Sejak berada dalam karier seawal umur 15, 16 tahun saya sudah mengenalinya. Saya belajar untuk menjadi pengacara pun daripada pemantauan arwah.

“Banyak ilmu, kebaikan dan rezeki yang diberikan kepada saya serta dikongsikan kepada orang ramai,” ujar Haiza.

Baca juga: Jaafar Onn sifatkan Rohana sahabat sejati

Baca juga: Sedekahlah walau secawan kopi – Jaafar Onn

Hampir 30 tahun mengenali, penyanyi berasal dari Benut, Pontian, Johor itu mengakui menyaksikan kebaikan yang dilakukan Allahyarham.

“Sayalah saksi untuk semua dan arwah tidak pernah berhenti. Beliau ketika sihat dahulu sangat aktif mengajak saya membantu hantar beras ke rumah artis.

“Saya dapat berjumpa artis lama dan melalui arwahlah saya mengenali artis-artis lama.

Baca juga: Haiza kongsi semangat dan kegembiraan, masuk sekolah beri sarapan percuma kepada pelajar

Kebanyakan mereka saya kenali daripada jasanya,” jelas penyampai KoolFM itu.

Biarpun hampir tiga dekad mengenali, silaturahim antara mereka berkekalan.

Keprihatinan Haiza dan rakan artis melayani pada saat-saat akhir hayat Allahyarham menyentuh hati.

“Kadang kala arwah beritahu hendak makan apa-apa, kami akan tempah dan kirim menggunakan khidmat penghantaran.

“Terakhir, permintaannya ialah kerusi urut agar selesa berbaring. Saya rujuk kepada anak angkatnya dan kawan-kawan lain serta sepakat berpendapat kerusi berkenaan
tidak sesuai memandangkan kakinya dicengkam.

“Kaki papa sudah berair, keluar air bisa. Daripada grup WhatsApp kami berbincang dan
kami berikan wang tunai,” ujar Haiza.

Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun pada jam 11.32 pagi tadi semasa menjalani prosedur endoskopi di Hospital Sultan Idris Shah Serdang (HSIS).

Baca juga: Jangan lalai dan pandang mudah. Obesiti, muntah, perut kejang dan najis berdarah antara petanda kanser usus

Iklan

‘PERGI’ KETIKA PROSEDUR ENDOSKOPI 

Memetik portal Astro Gempak, prosedur berkenaan sememangnya berisiko tinggi susulan jantung Allahyarham ketika itu lemah.

Anak angkat Jaafar, Mohamad Hanif Hashim berkata ketika doktor bertugas telah memaklumkan risiko berkenaan. Walaupun berbahaya, namun ia terpaksa dilakukan susulan pendarahan yang dialami.

“Degupan jantungnya ketika itu memang tinggi sampai 140. Masa buat endoskopi sekitar pukul 10 dan ketika melalui prosedur itu, papa mengalami serangan jantung dan meninggal dunia pada pukul 11.32 pagi,” katanya.

Baca juga: Apa itu masalah kebocoran usus yang dideritai arwah Rohana Jalil? Ini penerangan pakar

Tambahnya, doktor turut memaklumkan kemungkinan pendarahan adalah disebabkan pengambilan ubat tahan sakit.

“Papa mulanya mengalami tekanan darah rendah kelmarin beliau membuang air besar dan pendarahan itu terlampau banyak dan tidak berhenti. Kemungkinan pendarahan itu disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil . lkutkan memang sudah lama papa ambit ubat itu, sebelum saya jaga lagi.

Iklan

“Dia makan ubat tahan sakit sebab sakit lutut. Bulan puasa tahun lepas papa dapat tahu ada masalah jantung yang juga menyebabkan kakinya bengkak,”

“Berak berdarah pula berkemungkinan disebabkan ulser dalam perut. Sepatutnya pada bulan Februari ada rawatan susulan tetapi tidak dapat hadir kerana ada urusan lain. Lagipun arwah rasa proses pembuangannya sudah baik,” ujar Hanif.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Tanjung Grinding, Muar, Johor untuk dikebumikan selepas Maghrib malam ini.

Sumber: Instagram SinarPlus, Astro  Gempak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!