Home Hiburan Senyap-senyap pergi umrah, kesederhanaan Lisa dan Yusri dikagumi peminat

Senyap-senyap pergi umrah, kesederhanaan Lisa dan Yusri dikagumi peminat

0
Senyap-senyap pergi umrah, kesederhanaan Lisa dan Yusri dikagumi peminat

SENYAP-senyap ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah, pasangan selebriti Datin Lisa Surihani dan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim memenangi hati para peminat selepas foto mereka berdua tular di laman sosial.

Tentu ramai sudah mengetahui penghijrahan pelakon Istanbul Aku Datang itu mendalami ilmu agama dan memilih kesederhanaan dalam perkongsiannya di laman sosial.

Bagaimanapun berita pemergian beliau ke Tanah Suci telah dikongsikan menerusi laman sosial Instagram agensi pelancongan, Irkaz Travel and Tour yang menjadi pengiring mereka untuk menunaikan ibadah umrah. Agensi berkenaan turut memuat naik beberapa foto pasangan itu sedang menziarahi Madinah.

Baca juga: ‘Cantik betul Yong, cara senyum persis mummy.’- Wajah terbaharu anak sulung Lisa Surihani raih perhatian

Tidak hanya itu, video pasangan itu turut dikongsikan di TikTok termasuk akaun diwujudkan oleh peminatnya, lisasurihani86_ yang berkongsi aktiviti pasangan tersebut di sana.

Baca juga: Hijrah Lisa Surihani begitu menawan dengan jubah rona merah manggis menutup aurat

Para peminat rata-rata memuji sikap merendah diri Lisa biarpun berstatus selebriti popular. Tidak kurang yang tertarik dengan penampilan ibu bapa kepada tiga cahaya mata itu yang sejuk mata memandang. Ujar mereka:

-“Alhamdulillah, sejuk tengok muka Lisa dan Yusri.”

-“ALLAH pelihara insan berdua ini. Betapa tenangnya sebagai wanita apabila berada dibawah reda suami.”

-“Alhamdulillah, bertudung litup tanpa secalit mekap tetap cantik, sejuk mata memandang.”

-“Sejuk hati tengok pasangan ini.”

-“Pasangan idola.”

-“Masya-ALLAH semoga Yusry dan Lisa mendapat umrah yang mabrur. Amin.”

Lisa dan Yusri mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Baca juga: Lisa Surihani temui ‘cinta’ baharu

Sumber: Instagram Irkaz Travel & Tour, Tiktok lisasurihani86_ dan innghafar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi