DATUK Sudirman Haji Arshad ketika hayatnya memang cukup terkenal dengan sifat merendah diri, berjiwa patriotik malah kelibatnya di atas pentas semasa membuat persembahan sentiasa menjadi perhatian.

Antaranya kemunculannya yang masih diingati hingga kini adalah sewaktu persembahan beliau berbaju bendera Malaysia.

Selain itu, beliau juga dikatakan seorang artis yang sangat baik serta sentiasa melayan peminat dengan ikhlas.

Seperti semalam, satu perkongsian daripada Facebook Datuk Sudirman Haji Arshad menunjukkan foto sekeping surat yang dibalas beliau kepada peminat.

Melalui foto tersebut, selain kandungan membalas surat peminat, beliau turut mengajar cara membuat nota.

Ternyata, kemuliaan hatinya melayani peminat dengan pelbagai nasihat turut diberikan.

Iklan

Artikel berkaitan: Kalau tak suka Zizi Kirana, komenlah di gambar lain – Zizi

Perkongsian itu turut menjadi tumpuan warganet. Kata mereka;

Iklan

Tasyrif Tajudin – Bagusnya tauladan yang ditunjukkan oleh Datuk Sudirman.

Zuraidah Muhammad – Bagusnya Datuk Sudirman melayani peminat. Nampak keikhlasan dia melayani peminat. Gigih dia menulis surat untuk peminat. Tak hairanlah namanya sentiasa dikenang sampai bila-bila. Alfatihah untuk arwah (dibaca).

Hafiz Ishak – Truly legend!

Khairul Fiza – Seperti seorang cikgu, bagi nasihat dan tunjuk ajar terus macam mana nak buat nota.
Abdul Ghanie Aziz Wong – Mungkin ada yang tidak tau Datuk Sudirman adalah legally qualified lawyer, jadi nasihat ini bukan omong kosong.

Hadihaw Ludba Namhar – Beza selebriti berilmu dengan tidak berilmu.

Hafiz Al Fateh – Buat orang jatuh sayang pada dia. Allah… Baiknya hati hamba Allah ni.

Al-Fatihah. Datuk Sudirman Haji Arshad meingggal dunia pada 22 Februari 1992 ketika berusia 37 tahun.