Sering dilabel gemuk, Nabila Huda beri amaran pada netizen
PELAKON Nabila Huda meluahkan rasa tidak senang dengan segelintir individu yang suka membanding-bandingkan saiz badan.
Malah anak kepada rockers, Amy Search itu turut mengeluarkan amaran keras dan mahu perkara itu dihentikan segera.
“Saya bagi amaran keras kepada sesiapa sahaja yang suka membandingkan pasal saiz badan ni. Baik awak berhenti kalau tak nak saya keluarkan kata-kata kesat yang boleh menyakiti hati anda dan keluarga anda.
“I can you know..You don’t know me! I cakap bagi pihak semua wanita dan lelaki yang lalui benda ni…,” tulisnya menerusi Instagram miliknya.
Tambah Nabila atau mesra dengan panggilan Abil, setiap orang mempunyai kecantikan masing-masing dengan cara-cara yang tersendiri.
“Tak kira la macamana rupa kita, rambut kita, kulit kita, bentuk badan kita, setiap orang mempunyai kecantikan mereka dengan cara masing-masing.
“Jadi berhenti membandingkan, berhenti menilai! That’s not nice you know..” ujarnya
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang