PENYANYI dan usahawan, Datuk Nora Ariffin kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor susulan sesak nafas.

Berita berkenaan disampaikan suami Nora, Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli yang kemudiannya dikongsi semula oleh penyanyi Datuk Aishah di Instagram.

Rushdi dalam mesej berkenaan memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya.

Baca juga: ‘Ini untuk Alif, mama tolong ambilkan ya.’- Nora Ariffin sebak terima diploma bagi pihak arwah anak

“Nora masuk ICU hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas. Mohon doa ikhlas daripada semua,” katanya.

Aishah turut menzahirkan rasa terkejut menerima berita tersebut dan mendoakan agar Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, diberikan kesembuhan.

Iklan

“Allahuakbar adikku Nora… Mari kita panjatkan doa semoga memperoleh kesembuhan,” katanya.

Sama-sama kita doakan agar kesihatan Nora bertambah baik dan sembuh segera, aamiin.

Baca juga: Jodoh sahabat baik arwah suami, Datuk Nora kembali bergelar isteri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!