“She’s syaiton sebab cuba pengaruh Lara berbuka puasa.”

Ayat yang dilontarkan Lara Alana, 9, sekali gus mengundang tawa ibu bapanya iaitu pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya.

Ketika ditemui SinarPlus, Awal dan Scha sempat berkongsi ragam Lara ketika ‘diganggu’ adiknya, Lila Amina yang kini berusia empat tahun dalam bulan Ramadan.

“Alhamdulillah tahun ini tahun ketiga Lara berpuasa penuh cuma adiknya nak makan kena sorok-sorok daripada dia.

“Kalau tak, mummy i want to makan too.. She ‘syaiton’.. Lara amat terkesan jika orang makan di hadapan dia.

“Noo she not.. Lara cakap macam itu sebab adik tunjuk makanan.. makan depan dia,” kata mereka ketika ditemu bual selepas Majlis Pelancaran Radiant Raya Pavilion Swarovski x Bawal Exclusive baru-baru ini.

Awal berkata, ketika baru belajar berpuasa, bagi menaikkan semangat anak sulungnya itu, beliau dan Scha menjanjikan ganjaran jika Lara berjaya melaksanakan rukun ketiga Islam selama sebulan.

“Jika puasa penuh dapat bercuti .. Daddy bawa pergi Jepun. Tapi tahun ini, kita tak janji apa-apa ganjaran namun dia tetap puasa.

“Malah, Lara sangat teruja bangun sahur… senyum tak payah paksa, memang dia amat menanti bulan Ramadan,” ujarnya.

Iklan

Menurut Awal dan Scha, makanan wajib Lara sewaktu berbuka ialah nasi dan ayam.

“Tapi tahun ini dia baru belajar makan dim sum, sangat menyukainya. Kalau belikan, terus matanya bersinar.

“Seronok apabila kita memperkenalkan makanan-makanan baru dan ia sentiasa membuat dia teruja untuk bangun bersahur,” katanya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!