COMELNYA anak ketiga pelakon Fizo Omar. Diberi nama Wan Umaira, gambar si cilik berlesung pipit itu menerima lebih 56,000 tanda suka di Facebook.

Isteri Fizo, Fazeera Nazri Azrai melahirkan Wan Umaira pada 19 Mei lalu, dalam tempoh kurang 12 bulan selepas bersalin anak kedua mereka, Wan Khaleeda.

Wan Khaleeda dilahirkan pada 25 Jun menjadikan kedua-duanya digelarkan ‘kembar tahun’ atau Irish twin.

Melalui rutin bersama tiga cahaya mata menjadi cabaran yang menyeronokkan buat ibu bapa muda ini.

Ia termasuk membawa kedua-dua bayi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Jika dahulu hanya satu item bayi perlu disediakan. Kini, dengan kehadiran Wan Umaira, mereka perlu menyediakan kelengkapan serba dua.

Baca juga: Teruja bakal sambut anak ketiga ‘kembar tahun,’ Fizo Omar hint nak tambah lagi, warganet titip nasihat, doakan selamat

“Check-up untuk dua bayi dan umi sekali.

“Macam inilah apabila anak rapat-rapat, semua benda kena bawa double. Stroller, lampin, baju, susu dan semuanya.

“Umi pun dah tak boleh nak melawa sangat. Sekejap kena susukan anak. Rambut kena tarik dengan Khaleeda itu biasa. Tidak mengapa, ini rezeki. Alhamdulillah,” kongsi pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar.

Suri hatinya, Fazeera, 26, yang kini bergelar pelajar ijazah sarjana muda pendidikan berasa bertuah berpeluang menjadi ibu kepada tiga cahaya mata.

Selalu berkongsi kata-kata positif di laman sosial, bekas pramugari Qatar Airways dan Air Asia menitipkan kesyukuran.

“Suami tidak mengubah saya, saya hanya ‘berkembang’ bersamanya.”

“Melihatnya tidur nyenyak, saya tidak pernah terlintas untuk mempunyai anak, terpaksa berkongsi katil, ruang, rahsia dan impian saya dengan pasangan saya.

“Ia adalah satu langkah besar bagi saya sebagai seorang wanita yang suka berdikari dan penuh dengan impian dalam kerjaya dan meneroka dunia. Mengimbas kembali hari-hari ketika mengheret bagasi di London, Qatar, Czech, Sydney dan saya tidak mampu menamakan semuanya.

“Kehidupan saya semakin diberkati dengan kehadiran Maryam dan dua bayi dalam tempoh kurang dari dua tahun,” titip Fazeera.

Baca juga: Fizo Omar timang anak perempuan ketiga

Ibu muda ini menganggap tempoh kehamilan cukup memberikan masa buatnya mempersiapkan diri menjadi ibu.

“Saya mengalami perubahan mood, loya, pertambahan berat badan, perubahan bentuk fizikal dan kadang-kala menangis tanpa sebab. Namun masa sentiasa menjadi penyembuh.

“Kami sama-sama melalui tempoh mencabar itu tanpa berputus asa. Kemudian lahirnya anak kecil kami, Khaleeda dan setahun lagi, Umaira hadir dalam hidup kami.

“Saya tidak berubah tetapi keutamaan, jangkaan, dan pemikiran yang telah berubah. Memandangkan perut saya semakin membesar dalam tempoh sembilan bulan, bukan sahaja saya membesar secara fizikal malah ia menyediakan mental saya untuk membesar sebagai seorang isteri dan sebagai seorang ibu,” kongsi Fazeera.

Wanita kelahiran Sarawak itu menyifatkan dirinya tidak berubah tetapi hanya berkembang menjadi wanita yang lebih baik. Daripada bergelar isteri kepada seorang ibu.

Iklan

Baca juga: 10 jam tunggu kelahiran anak, air mata ‘jantan’ Fizo Omar gugur saat isteri bertarung nyawa melahirkan

Perkongsian Fizo akan foto Wan Umaira yang dilahirkan seberat 3.07 kilogram itu meraih perhatian warganet.

Kebanyakannya tertarik dengan kecomelan Wan Umaira terutama senyuman yang manis dengan lesung pipit.

Ujar mereka:

– “Masya-ALLAH Subahanallah Tabarakallah!!! Mummy kuasa dua! Assalamualaikum Wan Umaira! Sihat selalu dan menjadi anak yang solehah. Aamiin.”

– “Alhamdulillah comelnya. Lesung pipit macam mommy.”

– “Comelnya Wan Umaira ada dua lesung pipit. Semoga sihat selalu.”

Iklan

– “Masya-ALLAH . Comelnya, iras muka mommy. Moga membesar dengan sihat Wan Umaira.”

Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021.

Sebelum itu, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun berpisah pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam, 6 tahun.

Baca juga: “Cik Yam nak dapat adik dah.”- Fizo Omar teruja isteri hamil selepas sebulan bernikah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang