CAHAYA mata penyeri rumah tangga. Setiap pasangan yang berumah tangga pasti mengidamkan kehadiran zuriat sebagai penyambung keturunan untuk masa depan.

Sama seperti anak ramai, dikurniakan anak ‘rapat-rapat’ pun satu rezeki daripada ALLAH.

Kembar tahun yang jarak usia kurang 12 bulan atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Irish twin memang banyak berlaku terutamanya bagi anak pertama dan kedua.

Di Ireland, dua daripada 100 kelahiran adalah kembar tahun!

Bercakap mengenai kembar tahun, aktor, pengacara dan usahawan Fizo Omar menzahirkan rasa teruja bakal menyambut kelahiran anak ketiganya dalam masa terdekat.

Lebih istimewa lagi, jarak usia antara anak kedua dan ketiganya ini kurang daripada 12 bulan.

Perkara itu disampaikan Fizo atau Wan Hafizol ketika berkongsi foto sambutan hari raya 2022 dan 2023 bersama isterinya, Fazeera Nazri Azrai menerusi laman sosial.

Baca juga: 10 jam tunggu kelahiran anak, air mata ‘jantan’ Fizo Omar gugur saat isteri bertarung nyawa melahirkan

Ujarnya, setiap kali tiba Syawal, tema raya keluarga mereka ialah ‘sarat mengandung’.

Fazeera yang selamat bersalinkan anak kedua Fizo, Wan Khaleeda pada Jun 2023.

Pada hari raya kali ini, bekas pramugari itu sedang hamil trimestar ketiga dan dijangka bakal bersalin pada bila-bila masa.

“Raya tahun lepas (2022) tengah sarat mengandung Khaleeda dan tahun ni (2023) pun tengah sarat dah masuk 37 minggu. So kiranya anytime from now lah.

“Alhamdulillah rezeki tak diduga dari ALLAH buat Abe Joe dan Faz. And of course Cik Yam yang paling happy setahun dapat dua orang adik,” titip Fizo.

Baca juga: “Cik Yam nak dapat adik dah.”- Fizo Omar teruja isteri hamil selepas sebulan bernikah

Bukan mudah hamil dalam satu tempoh yang dekat.

Memahami kelelahan yang dilalui isteri, bapa kepada Wan Maryam dan Wan Khaleeda cukup menghargai pengorbanan suri hatinya.

“Really appreciate your sacrifice sayang @ffezyranesry go trough the pregnancy journey. You are amazing wife and mother.

“While tengah sarat mengandung, you jaga baby Khaleeda, belajar final year degree dan bekerja dalam masa yang sama.

“I know it is not easy but you did it. Well done sayang. Doakan Faz dipermudahkan bersalin nanti ya. Nota kaki : Tahun depan raya bulan berapa ya, nak timing siap,” titip Fizo nakal mengusik isteri.

Baca juga: Fizo Omar tamatkan zaman duda, selamat berkahwin bekas pramugari

Hantaran Fizo menerima pelbagai reaksi daripada peminat. Rata-rata mendoakan semoga kelahiran anak ketiga pelakon itu dipermudahkan.

Tidak kurang juga yang menitipkan nasihat buat Fizo agar mengambil langkah menjarakkan kelahiran pada masa akan datang demi kesihatan isterinya.

– “Alhamdulillah, lepas ni biarlah wife rest dulu Abe Joe. Kesian dia. Moga dipermudahkan urusan bersalin dan berpantang nanti.”

– “Best je kalau ada bibik dekat rumah. Isteri tinggal jaga anak je . Macam ini tiap tahun beranak pun tak apa asalkan kesihatan mengizinkan.”

– “Bagus beranak awal. Dulu masa muda saya pun tak rancang memang nak bersalin sementara muda dan kuat. Sekarang saya dah rehat. Setiap orang perancangan tak sama. Macam saya tak suka banyak kali kerja. Beranak lepas tu tunggu lima, enam tahun beranak lagi. Nak kena berjaga malam pula, aduh.”

Iklan

– “Setahun dua kali bersalin saya rasa saya tak mampu, Belum hilang trauma. Apa pun tahniah, anda hebat.”

Baca juga: Anemia boleh beri impak sampingan kepada ibu dan kandungannya. Ini saranan penting pakar

Baca juga: [VIDEO] Anak keempat baru setahun tapi dah mengandung 9 bulan, wanita Indonesia ini tak makan pil perancang, ini risiko hamil ‘dekat-dekat’

WHO SARAN JARAK KEHAMILAN DUA TAHUN 

Memang seronok miliki anak ramai tapi biarlah jarak sekurang-kurangnya dua tahun demi kesihatan ibu dan anak-anak yang lain kan?

Apabila seorang ibu hamil, ia bermakna tubuhnya akan bekerja keras untuk menyokong perkembangan janin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan sekurang-kurangnya dua tahun untuk kandungan seterusnya.

Iklan

Jarak kehamilan dua tahun memberikan peluang untuk ibu menyusu bayi secara eksklusif selama enam bulan dan meneruskan sehingga dua tahun.

Bagi ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan caesarean, jarak selamat untuk hamil semula ialah selepas dua tahun.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyenaraikan enam perkara menerima impak apabila seorang wanita hamil lagi. Ia termasuk:

1-Kesihatan mental ibu
2-Kesihatan fizikal ibu
3-Memberikan peluang peningkatan kerjaya diri dan keluarga
4-Merancang kewangan keluarga
5-Memberi ruang untuk merancang perkembangan keluarga
6-Memberi fokus, penjagaan, kasih sayang, perhatian yang mencukupi untuk anak yang baru lahir.

Baca juga: Seronok anak ramai tapi biarlah jarak 2 tahun, fikir 6 perkara penting ini sebelum hamil lagi

Sumber: Fizo Omar, Public Health, MyHealth

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.