Siapa Tak Mahu lebih setengah juta tontonan, Tokti ucap terima kasih

Siapa Tak Mahu lebih setengah juta tontonan, Tokti ucap terima kasih
Siapa Tak Mahu lebih setengah juta tontonan, Tokti ucap terima kasih
A
A
A

"TERIMA kasih kepada semua yang telah menonton dan memberikan ucapan positif di atas pelancaran muzik video ini.

Begitulah perkongsian penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza apabila muzik video terbaharu berjudul Siapa Tak Mahu ini sudah pun mencecah 770 ribu tontonan.

Lagu dengan genre pop itu menjadi tarikan ramai pendengar yang sangat terhibur dengan rentaknya.

Tulisnya di Instagram, ramai yang bertanyakan mengenai trending.

"Team saya bersama label & youtube expert mengambil berat untuk terus mengenal pasti. Tak mengapa, kita fokus terus, tonton, like, share dan jangan lupa subscribe ya!," ujarnya.

Dilancarkan baru dua hari lalu, jumlah tontonan muzik video ini sesuatu yang agak luar biasa.

Artikel berkaitan: Empat tahun menunggu, Shah Iskandar timang anak lelaki

Yang menariknya, selain dari aura penyanyinya sendiri, terdapat juga dua pelakon iaitu Mira

Filzah dan Hun Haqeem yang muncul di dalam muzik video tersebut.

Selain itu, konsep dan kualiti tersendiri muzik video ini juga menjadi tarikan tumpuan ramai.

Warganet rata-rata sangat teruja dengan video Siapa Tak Mahu ini, kata mereka;

Aaaaaaaaaaaa cantik sangatla MV ni... baju dia matching. Warna soft, set letops... Cuteeee

sangat.

The ONE and Only! THE VOICE OF ASIA! NUMBER 1 SINGER IN MALAYSIA!!!!!

Chorus lagu ni terlalu op dan catchy. Budak-budak TikTok habisla wat dance challenge.

Sehari post dah 500K fuhhh dahsyat! Lepas ni target 1M pula.

Dengar lagu baru terus sedap nak dengar. Lain macam aura No 1 artis Malaysia ni... tak pernah mengecewakan.

Sedap sangat lagu Tokti dan serius Tokti lawa dalam MV ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca