LAGU raya lama mengusik jiwa, membuatkan kita terkenang memori kemeriahan hari sambutan Aidilfitri.

Lunak merdu sahaja mengisi halwa telinga. Kurang seminggu lagi kita bakal menyambut 1 Syawal. Mood sambutan semakin dirasai apabila mula mendengar lagu raya dimainkan di corong radio.

Banyak sebenarnya lagu-lagu bertemakan Aidil Fitri yang moden. Namun tidak sama dengan karya-karya lama yang mengimbau kenangan zaman kanak-kita.

Baru-baru ini Bibir Merah ada menonton muzik video Kelepok Raya nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Alif Syukri yang heboh diperkatakan.

Liriknya berkisar mengenai konflik tentang giliran pulang ke kampung. Sebenarnya, pada pandangan Bibir Merah mesej yang diangkat sesuai dengan situasi musim perayaan.

Namun apa yang tidak kena adalah babak Aliff berbaring dikelilingi penari lelaki yang lengkap berbaju Melayu dalam keadaan yang dianggap tidak bersesuaian dengan konsep lagu.

Malah gaya melentik dan solekan yang digayakan para penari juga nampak tidak kena.

Tak kisahlah kalau dikatakan diinspirasikan daripada muzik video Britney Spears sekalipun, memang tidak sesuai dijadikan sebagai babak muzik video raya.

Baca juga: Elok ‘Private’ Atau Padam, Menteri Agama Tegur Muzik Video Lagu Raya ‘Panas’ Tidak Selaras Ajaran Islam

 

Iklan

Bibir Merah setuju dengan kata agamawan yang musykil bagaimana video demikian terlepas dan ditayangkan. Bak kata Menteri Agama, jauh dari adat ketimuran dan ajaran Islam. Semetelahan kita baru sahaja sedang pulih dari Covid-19, usah mengundang bala!

Usah tega gadai maruah diri sebagai seorang lelaki Muslim dengan babak kurang manis di bulan mulia ini. Atau ia sengaja dilakukan secara terbuka atas tujuan ‘marketing’? 

Jangan ingat semua perkara viral itu betul. Bibir Merah harap korang jangan terpengaruh.

Tidaklah berniat untuk merendahkan lelaki lembut tetapi jangan normalisasikan budaya yang dilarang iaitu lelaki menyerupai wanita.

Iklan

Si Bibir Merah: Hanya teruja bila mendengar lagu raya klasik, terus rasa nak kemas beg balik kampung.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI