KEMUNCULAN pelbagai lagu raya baru memeriahkan suasana sambutan hari Lebaran.

Bagaimanapun, kemunculan muzik video (MV) milik seorang ahli perniagaan menerima kecaman ramai susulan memaparkan adegan yang yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad turut memberikan teguran berhubung nyanyian dan tarian yang terkandung dalam MV terbabit.

“Ternyata terdapat perdebatan dan perbincangan yang agak panas di kalangan rakyat Malaysia terhadap klip video ini, yang diiringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam.

“Ia pastinya kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal kelak setelah kita menempuh ujian dan tarbiah di dalam bulan Ramadan,” katanya.

Baca juga: Menteri Agama kecewa drama tular melampaui batas, bakal ditayang bulan Ramadan

Dalam pada itu, menurutnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membawa MV berkenaan untuk tindakan pihak berkuasa.

“Nasihat saya agar klip video seumpama ini boleh dikeluarkan daripada disiar dimana-mana platform media, atau ia boleh di ‘private’kan hanya untuk tatapan peribadi empunya video,” cadangnya.

Idris juga menzahirkan hasrat untuk bertemu dengan ahli perniagaan terbabit sebagai tanda ukhuwah.

“Jika ada peluang, mungkin saya boleh bertemu mata bersama dengan empunya video ini sebagai tanda ingatan dan ukhuwah sesama Islam, dan mungkin banyak perkara yang boleh dikongsi, Insya-ALLAH,” katanya.

Baca juga: Bukan Rolex, Menteri Agama Pakai Jam Bawah RM300, Ada Fungsi Arah Kiblat, Waktu Solat

Iklan

Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menyeru untuk rakyat Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan cakna terhadap perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama.

Menurutnya, batasan terhadap hiburan perlu tonjolkan. Lebih-lebih lagi apabila negara sedang dalam pemulihan daripada bala Covid-19.

Terdahulu, warga maya mengecam tindakan usahawan memuat naik video raya yang memaparkan penari lelaki bersolek dan perwatakan lembut.

Ia menerima pelbagai kritikan termasuk pendakwah yang kurang senang dengan MV terbabit yang dianggap kurang sesuai untuk tontonan masyarakat.

Iklan

Baca juga: Klip video lagu raya ajak judi online undang amarah orang ramai

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI