Siti Sarah selamat bersalin, masih belum sedarkan diri
PENYANYI Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan anak keempat yang juga bayi lelaki secara pembedahan kira-kira jam 5 petang tadi.
Menurut pengurus Sarah, Nana Mohd Rom, keadaan penyanyi itu bagaimanapun masih sama dan belum sedarkan diri.
“Untuk makluman Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.
“Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Sarah terpaksa ditidurkan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah paras oksigen dalam badannya semakin menurun pada pagi Jumaat.
Isteri kepada pelawak, Shuib itu dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM sebelum ini dikenali sebagai HUKM) pada malam Rabu.
Sarah, Shuib dan tiga orang anak disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai lalu setelah pembantu rumah dijangkiti virus itu.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
BERITA BERKAITAN Covid-19: Shuib Pohon Doa, Sarah Kini Di ICU, ‘Keadaan Tak Berapa Baik’
BACA JUGA Neelofa Ajak Orang Ramai Doa Buat Siti Sarah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang