AKTOR kacak Korea Selatan diminati ramai, Song Joong-ki mengumumkan perkahwinanya dengan kekasih hati.

Pelakon Descendants Of The Sun itu Selamat bergelar suami kepada Katy Louise Saunders kira-kira sebulan selepas mengesahkan percintaan kepada umum selepas mendaftarkan perkahwinan.

Baca juga: Son Ye Jin selamat lahirkan anak sulung lelaki, Hyun Bin ‘shooting’ di Mongolia bergegas pulang

“Helo, ini Joong-ki. Saya ingin berkongsi janji yang menggembirakan dan paling penting dalam hidup saya kepada anda semua. Saya telah berjanji kepada Katy Louise Saunders yang telah menyokong saya dan berkongsi masa bersama untuk menghabiskan sisa hidup saya bersama-sama.

“Beliau mempunyai hati yang baik dan menjalani kehidupan yang penuh semangat. Beliau juga bijak dan hebat yang, saya kagumi. Terima kasih kepadanya kerana beliau saya menjadi orang yang lebih baik.

“Sememangnya, kami berdua ingin membina keluarga bahagia. Kami telah berusaha keras untuk mengotakan janji masing-masing dan bersyukur. Jadi hari ini, kami telah mendaftarkan perkahwinan kami sebagai pasangan,” titip Joong-ki menerusi fan cafe rasminya.

Baca juga: Song Hye-kyo sambut hari jadi ke-42, 6 amalan rutin kecantikan

Agensi Song Joong Ki, HighZium Studio mengesahkan surat pelakon itu adalah benar dan pasangan itu merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan walaupun belum ada persediaan dibuat.

Joong-ki debut menerusi drama A Frozen Flower pada 2008. Aktor berusia 37 tahun itu menempa nama selepas membintangi drama Sungkyunkwan Scandal (2010), The Innocent Man (2012), dan siri tvN, Arthdal ​​Chronicles (2019), Vincenzo ( 2021) dan filem A Werewolf Boy (2012) serta Space Sweepers (2021).

Menerusi carian SinarPlus, bukan calang-calang wanita pilihan Joong-ki. Beauty with brains, Saunders dilahirkan pada 21 Julai 1984 di London, England memegang ijazah pentadbiran perniagaan dari Fakulti Pentadbiran Perniagaan, Bocconi University, Milan, Itali.

Iklan

Saunders merupakan seorang aktres dan pernah berlakon dalam filem Los Borgia (2006), Third Person (2013) dan The Lizzie McGuire Movie (2003).

Terdahulu, Joong-ki pernah mendirikan rumah tangga dengan heroinnya dalam Descendants of the Sun, pelakon Hallyu, Song Hye-kyo pada Oktober 2017. Mereka bagaimanapun berpisah pada 2019.

Baca juga: 18 tahun Lee Seung Gi jadi penyanyi tidak dibayar satu sen, agensi ancam dan ugut

Iklan

Sumber: Allkpop

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi