Son Ye Jin selamat lahirkan anak sulung lelaki, Hyun Bin 'shooting' di Mongolia bergegas pulang

A
A
A

PASANGAN pelakon Korea Selatan, Son Ye Jin dan Hyun Bin menyambut kelahiran anak sulung mereka.

Allkpop melaporkan agensi Msteem Entertainment mengesahkan aktres berusia 40 tahun itu selamat melahirkan bayi lelakinya pada 27 November lalu.

Pelakon yang pernah dinobatkan wanita paling jelita 2021 itu dijadualkan bersalin pada awal Disember 2022. Namun, nampaknya si kecil Hyun Bin Junior tidak sabar untuk menemui ibu bapa lebih awal!

 

Baca juga: Kapten Ri, Yoon Seri bakal berkahwin Mac ini, 'hashtag' #CrashLandingOnYou trending

Baca juga: Son Ye Jin kini hamil anak sulung, Hyun Bin Jr ‘on the way’

Oleh kerana kelahiran yang awal, Hyun Bin dilaporkan terlepas peluang berada di sisi isteri tersayang semasa proses bersalin.

Hyun Bin dikhabarkan berada di Mongolia bagi penggambaran filem terbarunya, Harbin.

Baca juga: Majlis kahwin 'trending'di sosial media, berikut 10 fakta ringkas pernikahan Hyun Bin, Son Ye Jin

Aktor berkenaan hanya pulang ke Korea Selatan pada 28 November lalu untuk menemui permata hati dan isteri tersayang.

Son Ye Jin dan Hyun Bin melangsungkan perkahwinan mereka awal bulan Mac tahun setelah bercinta secara terbuka selama kira-kira setahun dua bulan.

Baca juga: Perkahwinan Hyun Bin ‘direstui’ peminat seluruh dunia, berikut 5 lakonan ‘oppa Hyun Bin’ wajib tonton

Pada bulan Jun, pasangan romantis itu mengesahkan berita kehamilan anak pertama.

Dua minggu lalu, Hyun Bin berkongsi foto majlis menyambut kelahiran bayi (baby shower) yang diadakan dan mengumumkan bakal menerima kehadiran anak lelaki.

Baca juga: Song Hye-kyo sambut hari jadi ke-42, 6 amalan rutin kecantikan

Sumber: Allkpop 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca