Sudah punyai 5.2 juta pengikut, Che Ta sedih IG kena gantung langgar ‘community guidelines’

AKTRES dan ahli perniagaan terkenal, Rozita Che Wan bingung dan kecewa apabila akaun Instagramnya (IG) digantung atas alasan melanggar garis panduan komuniti ditetapkan.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, akaun @rozitachewan1 juga digantung atas alasan kononnya melakukan aktiviti agresif sejak 15 September lalu.

Ujarnya, dalam masa yang sama dia turut menerima emel daripada pihak IG untuk mengambil tindakan segera termasuk melakukan rayuan jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan.

Jelasnya yang mesra disapa Che Ta, dia diberi tempoh masa hingga 13 Mac depan untuk melakukan rayuan.

“Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun belum berhasil.

“Malah saya juga sudah beberapa kali menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meminta pertolongan. Tapi kecewa tak pernah berangkat,” katanya.

Baca juga ‘Wanita kena ada pendapatan sendiri tapi jangan bodoh semua nak sumbang.’ – Che Ta

Kata Che Ta yang bakal muncul dengan filem Mat Kola arahan Hafiz Nafiah tak lama lagi, dia hampir buntu mengenangkan nasib dan ujian yang hadir.

“Selama ini dengan IG jugalah saya menjana pendapatan dan beroleh rezeki menjual produk keluaran sendiri, by RCW.

“Saya juga melakukan ulasan promosi produk di platform sama.

“Tapi sudah jadi begini, siapa yang tak sedih. Kini buat sementera waktu, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok,” katanya.

Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama Kiah Pekasam itu, hingga kini dia tidak putus harap berdoa semoga dapat kembali memiliki akaun IG berkenaan.

Iklan

Baca juga ‘Suami orang’ kini lebih laris, Che Ta nasihat wanita tak perlu tayang muka pasangan

Che Ta

“Tak mampu bayangkan jika akaun IG itu ‘lesap’ begitu saja. Sehingga kini IG saya sudah mempunyai 5.2 juta pengikut.

“Dari kerendahan hati dan diri, saya berharap akaun IG itu akan saya perolehi semula.

Iklan

“Kalau ada pihak yang boleh membantu saya mendapatkan semula akaun IG itu, saya amat hargai. Mungkin mereka boleh hubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke akaun IG anak, suami atau teman rapat saya,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!