"Susahnya nak dapat awak ni..." - Ramai doakan terbaik buat Siti Elizad

"Susahnya nak dapat awak ni..." - Ramai doakan terbaik buat Siti Elizad
"Susahnya nak dapat awak ni..." - Ramai doakan terbaik buat Siti Elizad
A
A
A

KELAHIRAN cahaya mata merupakan impian setiap pasangan yang telah berkahwin.

Soal jantina bukan satu masalah. Tidak kiralah perempuan atau lelaki, asalkan semuanya sihat belaka.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Namun, tak semua pasangan diberikan rezeki untuk hamil sejurus selepas kahwin, ada pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun dan melakukan pelbagai alternatif sebagai solusi.

Turut menerima ujian yang sama, pelakon, pengacara dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin yang kembali menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata.

Elizad, 38, berkongsi berita tersebut melalui satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

"Susahnya nak dapat awak ni (emoji bayi)... Tempat yang sama, harapan yang sama.

"Insya-ALLAH soon, journey kedua. Sedang memilih bulan yang sesuai dan tak sibuk. Check dinding rahim dulu pagi ni" tulisnya di ruangan kapsyen.

Rakaman berdurasi 49 saat itu memaparkan penyampai radio Sinar FM itu melakukan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) selain mendengar perbincangan doktor demi memastikan rawatan berkenaan berjaya dengan izin-NYA.

Baca juga ‘Ya, tahu, belum sempurna,’ – Elizad Sharifuddin tampil berhijab

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warga maya menitipkan doa buat Elizad agar proses IVF berjalan dengan lancar dan dikurniakan cahaya mata.

Ujar mereka;

"I will pray for u in my solat today. Kita sama! tak pe usaha, usaha dan terus usaha. Pasti dapat! Saya yakin kita dua pasti akan ada our junior."

"Insya-ALLAH soon love !!! Stay strong!"

Baca juga Hospital Tunku Azizah berjaya pisahkan kembar Siam pramatang pertama di Malaysia

"Semoga dipermudahkan... yakin dengan rezeki Allah. Insya-ALLAH!"

"Berkat bulan Syaaban ini saya mendoakan Allah kurniakan zuriat untuk Elizad... Semoga diperkenan dan dipermudahkan."

"Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba ini Ya Allah. Limpahkan rezeki yang tidak diduga Ya Allah."

Terdahulu, Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata dua tahun lalu namun mengalami keguguran sebulan kemudian.  Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca