TAHNIAH! Usahawan dan pelakon, Nur Fazura dipilih menerima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang tahunan Malaysia bagi kategori wanita.

Penghargaan itu diberi sempena Anugerah Jenama Selebriti Usahawan Cemerlang Dunia ke-3, baru-baru ini.

Fazura menerusi perkongsian di Instagram miliknya, bersyukur dan berterima kasih di atas pengiktirafan yang diterima.

Ujar Fazura, atas sokongan ramai terhadapnya selama ini, pengiktirafan tersebut merupakan anugerah buat semua.

“Faz (panggilan Fazura) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta Fattah Amin dan puteri tersayang kami, Fatima kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini,” coretnya.

Baca juga Fazura puji Fattah Amin sebagai Awang dalam Mat Kilau, 3-4 pagi masih dalam sungai

Fazura turut merakamkan ribuan terima kasih kepada abang kandungnya sendiri kerana sentiasa bersama dengannya di saat susah dan senang.

“Faz juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada abang Faz, Ahmad Faiz yang juga mentor dan rakan perniagaan Faz sejak sedekad lalu. Banyak yang kami lalui bersama.

“Terima kasih juga kepada Team FAZURA yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam semangat kekeluargaan untuk memajukan perniagaan ini. Saya cintakan anda semua,” tulisnya.

Tambah Fazura, Faiz merupakan mentor dan rakan perniagaannya sejak sedekad yang lalu. Akhir sekali, Fazura menyatakan bahawa pengiktirafan yang diraih tidak akan dicapai tanpa sokongan penyokong dan peminat produknya.

“Terima kasih juga kepada Team Fazura yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam semangat kekeluargaan untuk memajukan perniagaan #MilikSemua.

“Tidak lupa juga kepada pengurus Faz, Iman Tang. I love you all. Tidak lupa kepada semua rakan-rakan dan para penyokong Faz serta peminat setia produk Fazura. Faz sangat hargai sokongan dan doa darlings semua,” ujarnya.

Menjengah ruangan komen perkongsian tersebut, Fazura mendapat ribuan pujian ramai.

Ujar mereka;

Iklan

“Masya-ALLAH… Faz so gorgeous and beautiful mum.”

Baca juga ‘Sentiasa doakan dan jadi tulang belakang awak.’ Titipan doa isteri Syafiq Yusof bikin sebak!

“And memang cantik. Still elegant but not over the top. Just perfect.”

“Terpaling cantik tiada tandingnya.”

Iklan

“Faz tak pernah mengecewakan bla bab2 fesyen… high taste in fashion.”

“You are already gorgeous lady fazura! Whatever u wore, always in good shape, stylish, elegant and neat. Always beautiful inside out. Congrats Cinderella.”

Selain Fazura, pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi turut menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di majlis berkenaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.