TAHNIAH! Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey kini menimang cahaya mata kelima.

Berita gembira itu dikongsi Fad menerusi Instagramnya semalam.

“Alhamdulillah, isteri saya Syaheera A Rahman selamat melahirkan baby kelima kami.

“Terima kasih atas doa semua juga ye,” tulisnya.

Bagaimanapun, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fazlie Mohd Nizam, 32, belum mendedahkan jantina, nama dan wajah anak kelima mereka.

“Nanti kami share gambar baby okay,” coretnya.

Baca juga Isteri hamil trimester ketiga, Fad Bocey bakal timang anak kelima. ‘Daddy kata lepas ni tutup kilang’

Menjengah ke Instagram Syaheera pula, dia bersyukur ALLAH mudahkan segalanya.

“Alhamdulillah another perjuangan yang ALLAH mudahkan. Sorry mommy nak rehat dulu sebab tengah pusing kepala side effect muntah lepas naik bilik,” kongsinya ringkas.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis menghujani ruangan itu dengan ucapan tahniah dan turut bersyukur atas kurniaan ALLAH kepada pasangan berkenaan.

Iklan

Terdahulu, Fad dan Syaheera mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015, dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyyan dan Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mirshall serta Ibrahim Jibriel.

Baca juga Bersalin bulan depan, Izara Aishah sarat hamil anak kedua kongsi foto baby bump, lerai teka teki warganet

Tahniah Fad dan Syaheera!

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!