PELAKON Sharifah Amani berkongsi berita gembira selepas mengetahui dirinya kini sedang berbadan dua.

Perkongsian tersebut dimuat naik dalam satu video menerusi laman Instagram miliknya.

amani

“Syukur Alhamdulillah,” ringkas kapsyennya yang dimuat naik anak kepada pelakon Fatimah Abu Bakar itu.

Dalam hantaran tersebut, kelihatan ahli keluarga lain turut menunjukkan wajah keriangan usai melihat paparan video tersebut, termasuklah ibunya.

Baca ni Sharifah Amani kini suri hati Ahmed Faris

amani

Masing-masing berpelukan dan menangis kegembiraan usai mengetahui berita tersebut.

Bukan sahaja ahli keluarga, malah kawan-kawan rapat beliau, Nadia Nissa, Nadia Aqilah dan Sherry Al Hadad antara turut teruja melihatnya.

Baca lagi ‘Akhirnya…’ – Sharifah Amani kongsi berita gembira

amani

Baca juga BCL bimbang risiko hamil 40-an, enggan miliki anak dengan suami baharu Tiko Aryawardhana

Pemilik nama sebenar, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya  dan suaminya, Ahmed Faris Othmen nyata cukup teruja dan tidak sabar bergelar ibu dan ayah.

Menerusi video tersebut, kelihatan baby bump pelakon berusia 36 tahun itu. Namun empunya diri tidak berkongsi usia kehamilannya.

 

Iklan

Baca juga Kongsi alahan bersama suami, Shila Amzah teruja dilayan Ubai bak princess. ‘Dulu urus sendiri, sekarang suami support.’

baca lagi ‘Seth nak jadi abang, sebaknya.’ Shila Amzah dan suami umum bakal bergelar ibu bapa

amani

Baca juga ‘Anak rezeki yang paling besar.’ Dua kali keguguran, Uqasha Senrose kongsi berita bakal bergelar ibu

Iklan

Sekadar info, Sharifah Amani dan Ahmed Faris Othmen mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022 dan majlis diadakan secara tertutup selain diraikan dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

amaniComel je baby bump dia. Tahniah SinarPlus titipkan buat Amani dan suami. Semoga dipermudahkan segala urusan sehingga melahirkan kelak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang