TAHNIAH Sinarplus ucapkan buat pengarah terkenal Syafiq Yusof yang sudah selamat menimang cahaya mata ketiga pagi ini.

Berita gembira tersebut dikongsikan pengarah yang juga merupakan adik kepada Syamsul Yusuf itu menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

Selain memaparkan wajah bayi ketiganya yang comel itu, Syafiq, 31, turut mengumumkan nama anak yang dilahirkan pada jam 8.18 pagi itu.

“Alhamdulillah, Syukur Ya ALLAH… 3rd child, first boy, Muhamad Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq,” tulisnya.

Dalam pada itu, kelihatan juga ibu Syafiq, Datin Patimah Ismail turut menzahirkan rasa syukur dengan kelahiran cucu kelapan itu.

“Syukor Alhamdulillah, cucu ke 8 dalam keluarga Haslam,” tulisnya.

Baca juga Puteri Sarah bertolak tunai umrah, warganet persoal tak nampak kelibat Syamsul di airport

Kredit foto: Instagram Syafiq Yusuf

Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya mengucapkan tahniah buatnya.

“Alhamdulillah tahniah.. selamat berpantang buat isteri.. comelnya baby.. smoga mmbesar menjdi anak yang soleh buat kedua ibu bapa.”

“Alhamdulillahhh! Alahai handsome boy. Assalamualaikum anak soleh Muhammad Nu’Aiman!”

Baca juga Zalif Sidek kini ayah, isteri selamat bersalin baby girl. 10 tip untuk first time daddy

Iklan

“Tahniah aisyah dan suami dapat jugak pewaris boy alhamdulillah complete.”

“Nu’Aiman.. lelaki nakal yg mampu buat Rasulullah SAW tersenyum nmpk gigi.. Best sgt baca kisah Nu’ Aiman dan Rasulullah SAW.”

Iklan

Terdahulu anak kepada penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusuf Haslam ni diijabkabul bersama isterinya, Aisyeah Zainal pada 2014 lalu. Anak pertama pasangan tersebut, Nuur Jannah, 7, dan kedua, Nuur Nusaybah yang kini berusia lima tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.