PELAKON Zalif Sidek kini bergelar bapa selepas isterinya, Anis Marzuki melahirkan seorang cahaya mata sulung.

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Papa I Love You itu ada memuat naik hantaran memaklumkan isterinya selamat bersalin bayi seorang bayi perempuan.

“Assalamualaikum, syukur Alhamdulillah isteri saya Anis Marzuki selamat bersalin 9.15 malam tadi.

“Baby girl, terima kasih yang mendoakan kami. Tunggu gambar ok!,” titip Zalif.

Baca juga: Selamat bersalin, Mia Ahmad timang anak ketiga

Isteri Zalif, menerusi Insta Story turut memaklumkan kelahiran anak mereka.

“Alhamdulillah it’s a girl. 3.27kg and super healthy,” kongsi Anis.

Zalif, 38, dan Anis,26, berkahwin pada 26 Februari 2022 selepas mengikat tali pertunangan pada Ogos 2021.

Tahniah diucapkan buat Zalif dan isteri.

Baca juga: 12 bulan pertama jaga bayi mencabar, 9 tip bantu ibu ayah enjoy

10 TIP JADI BAPA KALI PERTAMA

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Saat menunggu detik kelahiran zuriat, berikut perkara yang disarankan untuk suami lakukan:

1-Bila sakit bersalin dah bermula, anda sudah tak sempat Google atau baca buku panduan kelahiran. Jadi lebih baik join kelas-kelas antenatal bersama isteri masa hamil untuk memperolehi maklumat mengenai proses kelahiran dan bersalin.

2-Plan awal barang perlu dibawa. Jika perlu bermalam di hospita jangan lupa keperluan bersama seperti baju sehelai dua, selipar, toileteries dan lain-lain.

3-Bawa sedikit snek dan minuman kerana anda mungkin terpaksa berada agak lama di hospital, ini yang paling penting!

4-Pastikan sentiasa ada disisi isteri, jangan lepas tangan kepada pihak hospital mentah-mentah.

Baca juga: Sah cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu mulai Januari 2023, 20 info perlu tahu

Iklan
Kredit foto: Freepik

5-Pastikan isteri makan untuk alas perut. Ia penting sebagai memberikan tenaga kerana proses bersalin memerlukan tenaga yang banyak. Kurma misalnya mampu membekalkan tenaga dengan segera.

7-Jika perlu masuk ke labour room, pastikan anda tidak mabuk darah!

8-Suami dorong pernafasan isteri agar teratur semasa meneran. Ini kerana isteri ketika itu kemungkinan sudah tidak dapat berfikir dengan jelas kerana kesakitan yang kuat. Pernafasan teratur boleh mengelakkan keletihan masa meneran.

9-Beri kata-kata semangat dan urut belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan.

10-Alihkan perhatian isteri agar tidak mudah berputus asa. Banyakkan berselawat.

Iklan

Suami nak masuk labour room perlu bertenang untuk elak situasi panik. Banyak keadaan di mana suami tiba-tiba pengsan di bilik bersalin,jadi sedia mental dan fizikal ya!

Baca juga: Isteri baru lepas bersalin, ini 5 perkara penting perlu suami tahu, faham

Sumber: Zalif Sidek, Anis Marzuki

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi