Inspirasi! Tini 3R kini doktor falsafah, genggam PhD Komunikasi

A
A
A

BEKAS pengacara 3R dan penyampai radio HotFM , Dr Tini Ariffin baru-baru ini menerima ijazah kedoktoran (PhD) dalam jurusan Komunikasi.

Tini atau nama sebenarnya Kartini Kamalul Ariffin berkongsi foto hari istimewa upacara konvokesyen Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL).

Dalam hantaran di Instagram, beliau berkongsi mengenai kejayaannya menamatkan pengajian.

“Terima kasih ALLAH kerana membimbing saya melalui usaha ini. Semoga saya terus dibimbing untuk menggunakan ilmu ini untuk visi saya, agama saya, masyarakat saya dan untuk kebaikan yang lebih besar” ujarnya.

Mengambil masa selama enam tahun, pengasas bersama Dbilique Media dan jurulatih Wanita Empowered Business Mentorship Program itu lulus PhD dengan tesis bertajuk Women Leadership in Creative Industry in Malaysia.

Kejayaan itu sangat bermakna dan memberi inspirasi, lebih-lebih lagi apabila beliau diuji kanser pada awal tahun ini.

Tini didiagnosis kanser payudara tahap satu melalui pembedahan, rawatan proses pemulihan ketika sedang menyiapkan tesisnya.

Baca juga: Like father, like son. Raih Anugerah Dekan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, anak Tan Sri Dr Noor Hisham tamat pengajian cemerlang

Baca juga: Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang

Baca juga: Gigih delivery 12 jam sehari, siapkan tesis, rider akhirnya bergelar doktor, raih PhD

Mengenang perjalanan pengajian hingga peringkat tertinggi, Tini yang memiliki ijazah sarjana muda dari University of East Anglia in Norwich, United Kingdom pernah menyesal tidak menghadiri konvokesyen peringkat sarjana.

"Semasa tamat pengajian peringkat sarjana pada tahun 2007, saya tidak menghadiri konvokesyen saya di Goldsmiths, University of London. Saya telah menunggu lama, jika ingin tinggal di London perlu menyewa rumah. Perbelanjaan akan meningkat.

"Balik ke KL then start kerja semula dengan @hotfm976, untuk balik graduation saya sudah mula sibuk, tiket flight pun tak murah. So ponteng konvokesyen MA Broadcast Journalism. Universiti hanya mengeposkan sijil. Sampai sekarang saya menyesal.

"Tetapi untuk Ijazah Kedoktoran ini, saya juga telah membuat pembetulan sejak Ogos agar sempat konvo pada sesi November. Jika tidak, saya perlu menunggu sehingga 2024. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan, jadi jangan bertangguh," titipnya.

Berkongsi foto diraikan keluarga dan rakan, bekas juruaudit yang terjun dalam bidang penyiaran ini memberi gambaran akan meneruskan pengajian pada masa akan datang.

"Adakah ini konvokesyen terakhir saya? Jauh di lubuk hati saya, saya rasa tidak. Saya rasa satu lagi 'bab' baru akan menyusul," titip Tini.

Pencapaian Tini memberi inspirasi buat wanita lain. Rata-rata kagum dengan kegigihan beliau.

- "Masya-ALLAH, kun fa ya kun. Dengan izin-NYA, tahniah Dr Tini."

- "Congratulations Tini, Alhamdulilah you made it."

- "You never fail to inspire me to do better each day sejak dulu lagi. May ALLAH always look after you, Congrats Dr Tini."

- "Keep on inspiring Dr. Tini. You have aspired me and the whole Malaysia since we were small."

Tini berkahwin dengan Nur Sulhi Jasmin pada 22 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Tahniah Dr Kartini daripada team SinarPlus, teruskan menjadi inspirasi kepada wanita!

Sumber: @tini_ariffin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca