TAHNIAH diucapkan buat pelakon Yana Samsudin kerana selamat menimang cahaya mata ketiganya.

Baru-baru ini, pelakon berusia 39 tahun itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami praeklampsia iaitu sejenis penyakit darah tinggi yang sering menyerang ibu hamil.

Hanya selepas beberapa hari bersalin, beliau berkongsi berita gembira menerusi laman sosial Instagram.

Yana menjelaskan tekanan darahnya masih tinggi biarpun si kecil selamat dilahirkan hingga menyebabkan suami, Fadzil Zahari mengambil langkah mengurangkan aktiviti agar pelakon Adnan Sempit itu mampu berehat.

Malah segala grup aplikasi WhatsApp diuruskan agar si isteri berpantang dengan bertenang sekali gus menurunkan tekanan darah.

“Alhamdulillah syukur akhirnya, baby boy selamat dilahirkan selepas hormon kacau bilau sebelum ini Allahu.

“Selepas empat hari di hospital tekanan darah masih tidak stabil, daripada 140 naik sampai 170.

“Suami decide supaya minta keluar dari hospital selepas bersalin walau tekanan darah tinggi

“Semua grup kerja, bisnes dan belajar suami archive dan mute notification kerana tidak mahu Yana tengok. Suami mahu saya betul betul berehat.

“Alhamdulillah hari kelima doktor beri kebenaran Yana keluar dari hospital,” kongsi Yana.

Risau bersalin tanpa persediaan rapi susulan praeklampsia, pelajar Sarjana Pengurusan Korporat, Universiti Malaysia Pahang itu yang ingin membeli barangan kelengkapan dihalang Fadzil.

Rupa-rupanya lelaki itu ingin memberi kejutan berupa pakej berpantang di pusat berpantang (confinement centre) yang menyediakan penjagaan rapi.

Baca juga: Gara-gara penyapu robot & anak terlalu aktif, Yana Samsudin masuk wad diserang praeklampsia

Baca juga: ‘Segera peluk pasangan jika merajuk.’ – Yana Samsudin kongsi 8 tip rumah tangga harmoni

“Masa masuk dalam kereta Yana cakap baju baby tak beli lagi, baru ada dua set. Tu pun mana yang sempat dia lari beli masa lepas bersalin, di kedai baby berdekatan hospital.

“Saya pun baru teringat untuk membeli pad dan kelengkapan ibu bersalin semua. Dia cakap tak payah beli semua tu. Rupanya suami buat surprise, dia bawa Yana ke pusat berpantang. Tak terfikir yana akan berpantang di sini.

“Sebab di rumah sudah siap buat bilik dan beli katil baru untuk Yana berpantang di tingkat bawah. Alasannya hantar Yana ke sini kerana ingin mengubah enviroment. Dari suasana hospital, suami mahu saya selesa seperti lepak rumah santai tengok movie jer, ada jururawat menjaga 24 jam untuk mommy dan baby. Makan pakai semua ready, tak perlu fikir apa-apa.

“Terharu lagi, syukur sangat saya rasa. Ya ALLAH. Kita senyum sahaja sepanjang perjalanan hingga ke confinement centre. Terima Kasih suami, ingatkan sudah kurang sayang saya,” titipnya.

Baca juga: Risiko penyakit darah tinggi semasa hamil, boleh ancam nyawa ibu, bayi dalam kandungan

Iklan

Dalam pada itu, Yana juga menzahirkan kesyukuran menjelaskan tekanan darahnya kembali kepada paras normal selepas berada di pusat berpantang.

Warga maya menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata ketiga dan mendoakan pelakon itu cepat sembuh.

– “Wah dah deliver baby boy! Tahniah, selamat berpantang kakak, seronoknya duduk situ.”

– “Tahniah, selamat berpantang! Sukalah Mateen dapat adik boy.”

– “Masya-ALLAH Alhamdullilah tahniah kakak dan abang!! Welcome aboard baby boy!”

– “Alhamdulillah. Tahniah Yana, moga murah rezeki Fadzil kerana menjaga isteri dengan baik.”

Iklan

– “Alhamdulillah Kak Yong Yana, mane mungkin Abang Fadzil tak sayang, dia sudah fikir semua untuk kemudahan isteri tercinta.”

Terdahulu, pelakon itu mengalami alahan yang teruk hingga kandungan mencecah usia enam bulan sebelum diserang praeklampsia pada usia kandungan lapan bulan.

Untuk rekod, Yana dan Fadzil berkahwin pada 13 Februari 2015 jam. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 8, dan Aura Aisy Sofea, 4.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang