TAHNIAH diucapkan kepada pasangan pelakon Zahirah MacWilson dan suami, Aiman Hakim Ridza yang mengumumkan kehamilan dan bakal menimang anak kedua mereka pada tahun hadapan.

Berita gembira itu dikongsi mereka menerusi hantaran di laman sosial Instagram masing-masing.

Selain memuat naik video memaparkan ‘baby bump’, Zahirah turut berkongsi salinan imbasan ultrasound yang menunjukkan butiran lanjut tarikh jangkaan bersalin pada tahun 2024.

Pelakon Bulan & Pria Terhebat itu menzahirkan tidak sabar menunggu ketibaan tahun hadapan.

“Can’t wait for 2024 ,” titpnya.

Sementara itu, aktor, Aiman Hakim Ridza juga menyatakan rasa syukur kerana bakal menyaksikan pertambahan ahli keluarga.

“2023 is ending can’t wait for 2024. See you number 2 ❤️ Syukur Alhamdulillah,” kongsinya.

Baca juga:(Video) Zahirah Macwilson kongsi tip gaya seluar jean untuk wanita hamil

Baca juga: 6 bulan tiada kes tempatan, Zahirah pilih bersalin di Perth

Baca juga: Isaac Raees, nama anak sulung Aiman dan Zahirah

Bagaimanapun, Aiman tidak memaklumkan mengenai jantina dan usia kandungan isterinya.

Menjengah ke ruangan komen, selebriti dan warga maya mengucapkan tahniah.

Teruja dengan berita  berkenaan, netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk menatap cahaya mata kedua pasangan itu.

– “Congrats Zahirah & husband.”

Iklan

– “Ahhhh congratulations! Isaac gonna be abang soon! “

– “Congrats! Can’t wait to meet adik Abang Isaac!”

– “Congrats Ira and Aiman!! Can’t wait to meet bubs.”

Untuk rekod, Zahirah dan Aiman berkahwin pada 20 Februari 2020 selepas mengikat tali pertunangan selama lapan bulan di Perth, Australia.

Iklan

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees yang dilahirkan pada 5 Januari 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!