‘Tak pernah dapat hadiah sebesar ini,’ – Bell Ngasri melompat dapat Mini Cooper Clubman

UMUM mengetahui pelakon, Bell Ngasri dinobat sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) pada 21 Julai lalu.

Itulah kalau dah rezeki, pelakon dan pelawak bertaraf legenda itu turut menerima hadiah sebuah kereta import berharga RM200,000 daripada syarikat kenderaan DTC Motors.

Menurut pemiliknya, Afendy Wahid, dia mengambil keputusan menaja selepas melihat tiada sebarang pihak berbuat demikian selain merasakan pelakon dan pelawak itu layak menerima hadiah tersebut.

Baca juga Tahniah! Datin Anne Ngasri terima kurniaan Darjah Kesatria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong

 

Bell atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri, 43 dilihat teruja, melompat ketika kereta tersebut didedahkan semasa majlis penyerahan sebentar tadi.

Ujarnya dia sangat teruja dan terlalu gembira kerana hadiah mewah dan besar itu adalah kali pertama dalam hidupnya.

“Saya mestilah speechless. First time saya dapat hadiah sebesar ini, saya dah kata saya tak kisah apa pun jenis kereta, saya terima semuanya kerana ia percuma.

“Tapi DTC Motors bagi kereta ini (Mini Cooper Clubman) saya sangat-sangat suka.

“Semalam seharian saya di Pulau Pinang, balik malam tu saya tak boleh tidur sebab terlalu berdebar… dapat tidur sejam dua mengigau pula,” ceritanya.

Baca juga Tak pernah dapat piala, anugerah, Bell Ngasri luah tak pernah malu

Iklan

Dalam pada itu, Bell turut mengakui kenderaan yang diterimanya itu merupakan kereta idamannya selama ini.

“Alhamdulillah ini kereta idaman saya selama ini, ini semua kuasa dan anugerah ALLAH. Terima kasih banyak.

“Anugerah ABPBH35 adalah anugerah terbesar saya terima dan bertambah dasyat bila dapat pula sebuah kereta,” katanya.

Iklan

Tahniah Bell!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!