UMUM maklum sebuah program TV yang menyaksikan persaingan sengit antara pelawak tanah air sedang rancak dipertonton menerusi siaran berbayar, Astro.

Kini rancangan dikenali Maharaja Lawak Mega (MLM2021), berbentuk pertandingan yang disiarkan secara langsung itu telah memasuki peringkat suku akhir.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pengumuman yang dibuat pada minggu ke lapan penyiarannya pada Jumaat lalu yang menyatakan tiga kumpulan layak meneruskan perjuangan ke minggu akhir iaitu Tiro, Boro dan Tobat.

Minggu lalu juga menyaksikan kumpulan Tobat yang dianggotai oleh Bell Ngasti, Ajak dan Pak Kodi itu mengguli tangga pertama menerusi dua tema persembahan iaitu Pesta Keraian bersama KFC dan Komedi Bermoral bersama agamawan atau motivator.

Ia sekali gus melayakkan kumpulan itu memenangi Anugerah Pedas Lawak Tak Ingat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 beserta produk Adabi bernilai RM500.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai, apabila salah seorang ahli kumpulan Tobat, Bell Ngasri tampil seperti meluahkan perasaannya dalam persembahan tersebut.

Bell dikatakan ‘mencurahkan’ isi hatinya apabila rakan sepasukan Ajak yang mengatakan kesal dan malu kerana kumpulan mereka dikatakan tidak lawak ketika di pertengahan persembahan.

Setelah itu, tanpa disedari dialog yang dilontarkan oleh Bell sangat sayu dan membuatkan penonton sebak.

bell ngasri

Iklan

Ia seakan luahan ikhlas yang dirinya sudah berkali-kali menyertai pertandingan tersebut dan belum pernah mencapai juara.

Malah, Bell turut mengatakan dirinya juga tidak pernah mengecapi apa-apa anugerah walaupun telah lama dalam industri.

Iklan

“Aku ni lapan kali masuk Maharaja Lawak, tujuh kali tersingkir awal. Tak pernah sekali pun rasa malu.

“Minggu suku akhir ni minggu paling jauh aku pernah pergi. Apa salahnya dengan tema macam ni aku berangan nak jadi juara.

“Eh aku ni melawak daripada kau kecik lagi Ajak, sebarang anugerah, sebarang piala pun aku tak pernah dapat Ajak,” ujarnya.

Luahan berkenaan ternyata meruntum hati ramai. Rata-rata warga maya tampil mencoretkan kata-kata semangat buatnya.

Ujar mereka;

“Bell lagend dah… kitorang sbgai netizen pun faham sangat level anugerah kat Malaysia ni. Apapun Bell tetap terbaik, menghiburkan dari kecik sampai tua masih lagi bertahan, semoga berjaya menjadi juara.”

“Punyalah bagus mutu lakonan, bertahan lama dalam industri seni. Terasa sedih pulak bila orang yang macam ni tak diberi penghargaan atas usaha selama ini yang sepatut-patutnya dia dapat.”

Baca juga Siti Nordiana beri Amaran, single baru tiada kaitan dengan sesiapa

“Bell Ngasri ni la yang aku kenal dulu dari kecik lagi, pelawak lain tak berapa kenal sangat.”

“Very humble dan lakonan makin mantap, orang lama dalam industri macam ni yang perlu dihargai.”

“Bell the true legend… biar tak dapat piala tapi murah rezeki. Selalu dengar iklan radio atau TV suara Bell… terbaik!”

Selamat maju jaya Bell Ngasri!