‘Tegurlah dengan bahasa yang beradab!’ – Erma Fatima teruk dikecam kerana bela Carl Shamsudin
Jangan lupa follow kami di Instagram!
SEJAK semalam, isu seorang influencer dan juga usahawan yang dikenali sebagai Carl Shamsudin berkelakuan biadab terhadap seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur menjadi perdebatan ramai.
Di kala ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan dan nada lelaki itu ketika bercakap dengan warga emas terbabit, pelakon, pengarah dan penerbit, Erma Fatima mempunyai pandangan yang berbeza.
Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 53, berpendapat, individu berkenaan memberikan kata-kata motivasi namun dalam cara yang ganas.
“Saya dapat rasa apa dia rasa ketika bagi kata-kata motivasi ini. Saya juga dapat faham apa yang pak cik tu rasa.
“Cuma ada waktunya, orang kita ini kena gegar sikit untuk bangunkan daripada tidur. Mungkin cara dia ganas sikit,” ujarnya.
View this post on Instagram
Bagaimanapun perkongsian figura yang terkenal dengan karya Mak Cun ini mengundang kecaman ramai sehingga dia mengakui menerima pelbagai komen negatif.
Erma berkata, orang ramai sepatutnya menggunakan bahasa yang lebih baik ketika menegur orang lain.
“Saya nak sambung…. Kalau pun cara dia salah, tegurlah dengan bahasa yang beradab! Kita sibuk cakap padal adab tetapi kita sendiri tak beradab dalam menegur orang.
“Malulah dengan bahasa yang kamu semua guna. Saya kongsi semua kutukan anda semua di Instagram Story saya.
“Ada yang melampau bahasanya, saya tak kongsi. Malu saya, mual dan jijik saya nak paparkan bahasa anak bangsa sendiri!” luahnya.
Tambah Erma, sekurang-kurangnya Carl tidak menggunakan kata-kata kesat ketika bercakap dengan orang lain dan berbeza dengan netizen.
“Saya nak ajak anda semua baca dan nilai balik bahasa yang anda semua gunakan. Setidak-tidaknya budak tu (Carl) tak keluar bahasa kesat.
“Anda? Itu ke adab yang anda perjuangkan? Cukup-cukuplah perasan nak ambik kerja Tuhan!
“Asyik nk cari salah orang lepas itu tegur orang tak beradab. Cermin muka dulu sebelum kita nak tunding jari pada orang.
“Moga ALLAH membuka mata hati kita untuk melihat kebenaran,” akhirinya.
BACA JUGA “Pakcik Dah Maafkan” – Warga Emas Lapang Dada, Maafkan Influencer
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang