Jangan lupa follow kami di Instagram!

RAMAI yang sedih, sebak dan geram melihat paparan video lelaki warga emas dilayan secara biadab oleh seorang influencer.

Menerusi rakaman video pendek yang tular baru-baru ini memaparkan pemuda difahamkan pengasas produk kecantikan seolah-olah meninggikan suara terhadap warga emas terbabit.

Video berkenaan menjadi tular di media sosial sehingga mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun, biarpun dilayan sedemikian pakcik berkenaan tetap berlapang dada memaafkan influencer bernama Carl Samsudin.

Warga emas dikenali sebagai Abdul Hadi itu memberitahu beliau sedikitpun tidak berkecil hati, malah ikhlas dengan kejadian berlaku.

“Tak ada rasa apa, ikhlas. Dia (influencer) cakap bukan Tuhan mengubah nasib kita, kita sendiri mengubah nasib kita.

“Sudah beratus kali ustaz pun cakap betul,” katanya.

Bercerita lanjut, Abdul Hadi menjelaskan bahawa telah mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang ditawarkan wang tunai sebanyak RM100.

“Saya minta satu orang. Saya kasi RM100. Jawab tu senang sahaja.

“Jadi saya angkat tangan. Dia (influencer) panggil saya. Begitulah ceritanya,” kongsinya lanjut.

Baca juga “Insya-ALLAH Masa Terdekat Saya Akan Berjumpa Pakcik Itu Mohon Maaf” – Carl Samsudin

 

Gambar hiasan.

Baca juga  Semua Orang Miskin Malas, Tak Usaha” – Mila Panas Hati Influencer Tak Beradab

Dalam pada itu, Abdul Hadi menyatakan keberadaannya di pusat transit gelandangan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur adalah dibantu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau sebelum ini pernah diperdaya seorang rakan yang kononnya mempelawa menyewa bilik bersama di Taman Maluri, Cheras.

Iklan

Selepas berjanji, rakan yang sepatutnya bertemu di Pasar Seni tidak muncul lalu pihak DBKL menghantarnya ke pusat transit berkenaan.

Abdul Hadi juga menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang bersimpati dan prihatin terhadap dirinya susulan insiden itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yang Bernama Hil (@hilmyashley)

“Ya, terima kasih banyaklah. Saya tidak boleh membalasnya. Saya hanya serah kepada Tuhan,” titipnya.

Rata-rata warga maya memuji kerendahan hatinya yang sanggup memaafkan setelah diperlakukan sebegitu rupa.

Iklan

Komen warganet:

– “Mulianya hati pak cik.”

– “Benda kecik sahaja tapi sengaja dibesar-besarkan. Tidak tahu hujung pangkal kita hentam orang macam kita langsung tak pernah tersalah kata. Innalillah wainna ilaihirojiun.”

– “He sounds like Indonesian. If he is really Indonesian, this is really shameful. Rakyat Malaysia treat orang macam ini. Kasihan pakcik ni.”

Sumber: Bernama, hilmyashley