'Terbaik di dunia' - Luahan Fasha Sandha buat mentua bikin ramai terharu
KELUARGA yang bahagia merupakan satu anugerah yang terindah buat semua insan yang bernama manusia.
Begitu juga buat pasangan yang berkahwin. Namun ada ketikanya kehidupan rumah tangga turut menempuh badai diuji dengan pelbagai dugaan.
Ia termasukla hubungan antara suami isteri, ipar duai dan mentua. Menyentuh pula kepada mentua, ada yang terus menjadi serasi dan sebaliknya.
Justeru itu, mendapat keluarga mentua yang baik merupakan satu anugerah yang terindah khasnya buat kaum hawa.
Seperti juga situasi yang dilalui pelakon, Fasha Sandha yang meluahkan rasa syukur kerana hubungan rumah tangganya kini dilihat semakin bahagia, ditambah pula dikurniakan ibu mentua yang sangat baik serta penyayang.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Menurutnya, apa yang menyentuh hati dan sanubarinya apabila melihat perwatakan ibu mentuanya yang sangat baik, dan sering menggunakan kata-kata yang manis dalam pertuturannya.
"Ibu mertua saya adalah yang terbaik di dunia. Ibu yang sangat berhati mulia, selalu mengungkapkan kata-kata yang manis, dan selalu mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak dan menantu."Siapa yang mengenali ibu mentua saya pasti tahu, jiwa kasih sayangnya tu dapat nak digambarkan dengan kata-kata," coret pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan itu di Instagram.
Selain itu, Fasha yang telah dua tahun bergelar isteri kepada Aidil Aziz turut berkesempatan meraikan hari istimewa sempena ulang tahun kelahiran ibu mentuanya bersama suami dan beberapa ahli keluarga yang lain dalam satu majlis kecil.
"Selamat hari jadi ibu, terima kasih kerana menjadi ibu mertua terbaik buat Sha, kak Nurul dan Allya kami selalu bersyukur ada ibu mentua yang terbaik."Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, bahagia, dan diberikan kesihatan yang baik. Fasha sayang ibu, kami semua sayang ibu," luah ibu kepada tiga cahaya mata itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa terharu melihat hubungan antara mereka selain turut menitipkan doa yang baik-baik kepada Fasha sekeluarga.
Ujar mereka;
"Manis dan bercahayanya wajah ibu mentua. Kalau aku dah tua aku harap wajahku akan beseri seperti ini.""Dapat family mentua yang baik pun satu nikmat rezeki yang tak terkata... Alhamdulillah syukur..."
Baca juga Terjatuh dari tingkat 10, pemergian kucing Ariff Bahran undang sebak
"Tengok muka pun dapat rasa lembutnya character si mil... senyuman pun manis."
"Muda je nampak mak mentua... Insya-Allah berkat hidup dan lapang rezeki suami bila kita memuliakan ibu mentua."
"Hargailah jika kita dikurniakan ibu mentua yang baik, memang rezeki namanya."
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang