TERIMA kasih isteri atas anugerah ini.’

Demikian ungkap Nadzmi Adhwa buat isteri tercinta, Ardell Aryana yang baharu melahirkan cahaya mata kedua mereka pada 25 Julai lalu.

Pada hari ketujuh, pasangan ini telah menyempurnakan salah satu sunah iaitu memberikan nama kepada si kecil.

Nadzmi menerusi laman sosial Instagram berkongsi nama indah buat bayi lelakinya yang diambil daripada khalifah terulung dan sahabat Nabi Muhammad SAW.

Baca juga: Tahniah! Ardell Aryana selamat bersalin anak kedua

“Arwa bermakna puas, segar dan menyenangkan yang juga nama ibu Khalifah Uthman.

“Manakala Uthman ialah sahabat Rasulullah SAW yang juga khalifah ketiga yang dermawan dan Affan pula bijak, cerdas. Ia adalah nama ayah khalifah Uthman.

“Alhamdulillah genap tujuh hari. Terima kasih ALLAH atas izin dan kurnia-MU,” titipnya.

Pelakon drama Hati Perempuan itu turut berkongsi momen ketika berada di bilik bersalin.

Tidak hanya menemani Ardell, Nadzmi turut menyambut kelahiran bayinya dan menyambut uri.

Beliau menyifatkan pengalaman itu sebagai rezeki yang luar biasa.

Baca juga: ‘Doakan isteri saya…’ – Nadzmi sebak, Ardell sertai Misi Bantuan Kecemasan Sabah

“Pengalaman yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata kata dan saya takkan dapat lupakan sampai bila-bila.

“Alhamdulillah bersalin secara normal, Ardell hebat .

“Terima kasih buat Dr Khamsiah dan pihak hospital atas memori berharga ini.

Iklan

“Kepada isteriku Ardell Aryana, terima kasih atas anugerah ini.

“Wahai isteri, saya ada bersama awak berjihad demi satu nyawa dalam keluarga kita.

“Tak terbalas pengorbanan awak ini. Terima kasih kerana menjadi seorang yang memahami saya. I love you so much sayang.

“Welcome baby kesayangan, semoga menjadi anak yang soleh, taat pada agama dan ibu bapa,” kongsi Nadzmi.

Baca juga: Alhamdulillah, Ardell berjaya kumpul dana buat rumah asnaf

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 1 September 2019.

Nadzmi dan Ardell dikurniakan cahaya mata sulung, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020.

Iklan

Baca juga: Tahniah! Farah Nabilah bersalin cahaya mata kedua, kongsi nama anak hari ketujuh

Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang