TAHNIAH! Pasangan pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa menimang cahaya mata kedua awal pagi tadi.

Menurut Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 31, isterinya bersalin secara normal pada pukul 12.58 padi.

“Alhamdulillah… Isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami, secara normal pada hari ini 25 Julai 2023, jam 12.58 awal pagi tadi.

“Terima kasih doa yang baik-baik dari semua. Syukur Alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak selamat,” katanya.

Baca juga Zara Zya buat trend marhaban di TikTok curi perhatian ramai, ‘sportingnya ibu & anak’

 

Nadzmi berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram.

Bagaimanapun, jantina anak kedua pasangan selebriti itu masih lagi dirahsiakan.

Iklan

Menjengah ruangan komen, perkongsian berkenaa dipenuhi dengan ucapan tahniah di atas anugerah yang diberikan ALLAH buat mereka.

Baca juga Rindu & sayang, foto Shuib, Watie & Adik Miza undang sebak, warganet terbayang Siti Sarah masih ada

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 33, dan Nadzmi mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan telah dikurniakan seorang anak perempuan Arwa Malaikha Urwa yang kini berusia 3 tahun.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!