'Terima kasih kedua-dua isteriku', titipan Ashraf Muslim raih doa ramai

A
A
A

'Terima kasih kedua-dua isteriku', titipan Ashraf Muslim raih doa ramai

PELAKON tampan, Ashraf Muslim menitipkan ucapan penghargaan buat kedua-dua isterinya yang sentiasa ada membantu dalam kehidupannya.

Penghargaan itu dizahirkan menerusi perkongsian di Instagram miliknya dengan memuat naik foto mereka bertiga.

"Lama tak post gambar bertiga. Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteriku yang kusayangi yang sentiasa membantuku dalam susah senang kehidupan ini.

"Kita lakukan sahaja apa yang ALLAH suka, Insya-ALLAH dapat keberkatan daripadanya.

"Semoga ALLAH menyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu," katanya.

Baca juga Vokalis Azarra Band, Ejai Aziz kembali bergelar suami selepas setahun menduda

Kredit foto: Instagram ashrafmuslimPerkongsiaan berkenaan telah mencuri perhatian ramai dan mereka turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Selain ramai mendoakan kebahagian mereka bertiga ada antara mereka meminta tip menjadi suami beristeri dua.

"Suka tengok famili Asyraf semoga menjadi contoh pada yang lain dan sentiasa bahagia dunia akhirat."

"Terus bahagia hingga ke jannah."

"Alhamdulillah satu dalam sejuta kan maacm ni. Semoga bahagia till jannah."

"Indah bahagia harmoni, tunjuk ajar ku sifu."

"Ya ALLAH bahagiakan mereka di dunia dan akhirat."

Baca juga Kahwin hujung bulan ini, Reen Rahim dapat tajaan RM15 juta

Terdahulu, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 7.

Manakala, bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi yang dinikahi di Thailand pada 7 Julai 2013 pula, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.

Sumber: Instagram ashrafmuslim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca