Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

A
A
A

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara tertutup di Hotel Raffles, Jakarta Selatan.

Berita penyatuan hati dua nama besar industri muzik itu disahkan oleh pendakwah terkenal, Muhammad Nur Maulana atau dikenali sebagai Ustaz Maulana yang memberi khidmat nasihat perkahwinan.

Difahamkan, Rizky menyerahkan jongkong emas seberat 20 gram dan 24 gram serta wang tunai sebanyak 10 juta rupiah sebagai mas kahwin.

Baca juga: Terima mas kahwin 1 bilion termasuk 500 gram emas, pernikahan anak pendakwah ini buat ramai ternganga, bertuah badan!

Baca juga: Pengantin terima mas kahwin 2 hektar kebun sawit, hadiah 2 hektar tanah, sebuah Pajero buat warganet terkesima, beruntung badan!

Majlis yang indah yang dilangsungkan mengikut adat Sunda menyaksikan penyatuan adat. Rizky kelihatan segak memakai persalinan pengantin Sunda manakala Mahalini pula memakai pakaian tradisional Bali.

Pasangan duet paling 'sweet' itu terdahulu melangsungkan pertunangan pada 7 Mei 2023 The Langham Jakarta. Upacara 'mepamit' itu disaksikan kira-kira 200 tetamu kedua-dua belah pihak.

Baca juga: Rizky Febian, Mahlini bertunang

Baca juga: [VIDEO] Tak jadi kahwin gara-gara pengantin lelaki tak bawa mas kahwin

Terdahulu, pasangan itu pernah menjadi pertikaian kerana perbezaan agama. Bagaimanapun, bapa Rizky iaitu pelawak Sule memaklumkan bakal menantunya itu akan memeluk Islam sebelum melangsungkan perkahwinan.

Rizky dan Mahalini atau nama penuhnya Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja binti I Gede Suraharja sebelum ini menjalinkan hubungan cinta dan mengumumkan kepada umum secara rasmi pada 7 Februari 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca