AKTRES dan pengarah, Ellie Suriaty Omar berkongsi penceraiannya dengan suami, pelakon Azri Iskandar dalam prosiding Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur.

Menurut portal Getaran, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 itu telah memfailkan permohonan cerai ke atas suaminya, Azri sebelum Ramadan yang lalu.

Ellie mendedahkan perpisahan tersebut terjadi kerana mereka sudah tidak serasi bersama lagi selepas 19 tahun berkongsi hidup dan melayari bahtera perkahwinan.

Baca juga: Nilai kehidupan tidak boleh dibeli dengan tawaran sepotong roti, segunung emas – Ellie Suriaty

Rumah tangga yang terbina dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.

“Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.

“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya.

Iklan

“Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya.

Ellie ketika ini sedang penggambaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali.

Baca juga: Tercampak sabit, Ellie, Shahidan saling bermaafan

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI