PELAKON Ellie Suriaty mengesahkan dua daripada tiga remaja yang tampil membuat laporan polis bagi menyatakan hak mereka menolak suntikan vaksin Covid-19 baru-baru ini adalah anaknya.

“Ya, mereka anak saya, Azrell Omar Iskandar, 17 tahun dan Nur Azreen, 12 tahun bersama seorang sahabat mereka Hanif, 17 tahun, telah membuat laporan polis sebagai cover report.

“Ia berkenaan hak individu untuk menolak vaksin experimen Covid-19 ke atas pelajar sekolah berumur antara 12 – 17 tahun yang dibuat pada 30 Ogos, jam 2.30 petang,” ujarnya menerusi satu perkongsian di laman Instagram pada Selasa.

Menurut Ellie, 51, dia mendidik anak-anaknya untuk sentiasa berani menghadapi cabaran hidup.

“Merdeka 31 Ogos 2021. Saya mendidik anak-anak supaya berani menghadapi hidup. Jangan takut dengan fitnah akhir zaman.

“Nilai kehidupan tidak boleh dibeli dengan tawaran sepotong roti atau segunung emas.

“Tauhid. Harapan hanya pada ALLAH SWT,” katanya yang turut menemani anak-anaknya ketika membuat laporan polis berkenaan.

Terdahulu dua remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati pada 30 Ogos lalu bagi menyatakan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin Covid-19 yang akan dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar sekolah.

Iklan

Mereka terdiri daripada Azrell Omar Azri Iskandar, 17, bersama adiknya, Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, dan rakan mereka, Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17.

Akui Azrell, dia bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap dirinya selepas mengambil suntikan vaksin yang didakwa masih pada tahap ujian klinikal.

Iklan

“Apa-apa yang terjadi selepas mengambil vaksin adalah tanggungjawab sendiri. Ia melibatkan nyawa. Jangan sia-siakan nyawa. Benda ini kita ada hak untuk tolak atau terima.

“Saya lebih pentingkan kesihatan saya. Apa jadi kalau saya ambil vaksin, lepas tu saya meninggal, kita takt ahu. Jadi baik saya cegah dahulu,” katanya.