Tiada persefahaman, Mawar Rashid & Raf Yaakob berpisah

“KAMI berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman.”

Itu perkongsian pelakon Mawar Rashid, 28, di Instagram Stories miliknya sebentar tadi.

Tular sejak beberapa hari lalu spekulasi rumah tangga Mawar bersama suami Raf Yaakob diambang perceraian, kini terjawab.

Ujar pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, pun begitu mereka akan tetap menjaga hubungan baik demi anak-anak.

 

“Saya dan Raf mempunyai hubungan baik dan akan sentiasa begitu. Fokus utama kami sekarang adalah untuk memberikan semua sokongan dan menyayangi keperluan anak-anak kami.

“Kejayaan kekeluargaan adalah penting dan merupakan sesuatu yang akan kami usahakan Insya-ALLAH.

“Kepada rakan-rakan media, terimalah kenyataan ini sebagai satu-satunya kenyataan daripada kami berdua. Kami harap anda semua akan menghormati ini.

“Kepada rakan-rakan pengikut, kami harap anda semua dapat mendoakan yang baik-baik untuk kita berdua.

Baca juga Doakan saya sentiasa beristiqomah – Mawar Rashid

“Tolong jangan membuat spekulasi atau menyebarkan sebarang perkara negatif. Kami berdua benar-benar hancur dan menyesal untuk berkongsi berita ini dengan anda semua.

Iklan

“Namun, ini adalah yang terbaik untuk kami berdua. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami berdua dan kata-kata baik anda. Ia benar-benar bermakna kepada kami,” coretnya.

Sementara itu, menjengah ke laman sosial milik Raf, dia turut berkongsi kenyataan yang sama.

Baca juga Kongsi foto berhijab, padam hantaran free hair, ramai doakan Mawar Rashid

Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 38 berkahwin pada pada November 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan.

Iklan

Raf pula sebelum ini mempunyai dua cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!