AKTRES dan usahawan, Mawar Rashid dilihat telah berkongsi foto berhijab dan memadamkan hantaran gambar free hair menerusi laman sosial Instagram.

Memilih untuk melepaskan tudung 10 hari lalu, pemilik nama Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid itu terdahulu menerima pelbagai reaksi daripada para peminat.

“I tried. But I failed. I’m sorry,” kongsi Mawar pada 10 Oktober.

Terbaru, Mawar menerusi Insta Story memaklumkan tidak mampu memberikan respons kepada semua dan menjauhi semua orang termasuk ahli keluarga.

Beliau lebih selesa berkongsi dengan pakar terapinya.

“I’m sorry I still didn’t respond to anyone. Sorry my dear family, friend and reporters. Thank you family and friends always wanna be there for me.

“But I myself disconnect myself with everything and everyone. I only speak to my therapist as for now. Or maybe forever,” kongsinya.

Baca juga: ‘Hati kena kental dik.’ Noorkhiriah terkilan ramai selebriti buka tudung, titip nasihat moga dikurnia hidayah kembali

Dalam kemas kini Instagram, Mawar berkongsi foto throwback kejutan hari lahirnya pada April lalu memakai busana dan tudung coklat cair.

“Throwback my birthday surprise from hubby love,” kongsinya tutup menutup ruangan komen.

Semalam, pelakon Kalis Kasih dan Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati itu memuat naik Insta Story memohon kepada ALLAH untuk kembalikan dirinya yang dahulu kerana beliau seakan-akan keliru.

Baca juga: Suami pendorong, bimbing, lorongkan jalan. Julia Farhana tampil berhijab sepenuhnya, jadikan Bella Dally idola berfesyen!

Iklan

Tidak hanya itu, Mawar meminta orang ramai mendoakannya kembali seperti dirinya yang dahulu dan memberi bayangan sedang melawan dirinya untuk kekal kuat.

Mawar berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Beliau mula bertudung dan menutup aurat sepenuhnya pada sambutan Awal Muharram tahun 2020.

Iklan

Baca juga: Pakai tudung baru rasa selamat, Zila Bakarin kongsi perjalanan hijrah ‘tiba-tiba’

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!