Tidak kompromi isu gangguan seksual, diskriminasi wanita, Astro Warna mohon maaf

A
A
A

HEBOH diperkatakan mengenai berkaitan babak perkosaan , saluran Astro Warna tampil memohon.

Baru-baru ini tular di pelbagai platform media sosial sebuah klip video yang memaparkan salah sebuah rancangan terbitan Astro Warna iaitu “Rumah No. 107”.

“Kami di Astro Warna ingin menegaskan bahawa kami memandang serius akan perkara ini.

“Kami sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak berkompromi dengan hal-hal berkaitan gangguan seksual dan diskriminasi ke atas wanita, sama ada dari segi perbuatan mahupun tutur kata (secara lisan).

“Kami memohon maaf di atas sebarang ketelanjuran yang telah menyinggung hati mana-mana pihak dan sentiasa untuk lebih peka serta berhati-hati dalam setiap aspek pengisian kandungan program-program terbitan kami di masa hadapan,” katanya.

Gambar hiasan.

Terdahulu, seorang aktor terlanjur berkongsi mengenai babak panas yang dilakonkannya bersama pelakon wanita di dalam sebuah program berkenaan. Bagaimanapun, dia memohon maaf atas kesilapannya.

Isu pemerkosaan dan keganasan seksual tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka. Diharapkan hal ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Baca juga: Saya Mengakui Itu Memang Salah Saya – Fauzi Nawawi Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca