“ALHAMDULILLAH, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini.”

Begitulah perkongsian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tokti apabila mendapat pengiktirafan dunia diumumkan antara tiga selebriti dan pengkarya yang nama mereka bakal diabadikan Walk Of Fame di Sungai Torrens, Adelaide, Australia.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya hari ini, Tokti amat bersyukur ke atas penghargaan tersebut.

“Nanti kalau ke Adelaide lagi, bolehlah saya ambil gambar dengan Walk Of Fame sendiri, tak sangka sebenarnya,” tulis penyanyi disayangi ramai itu.

Berita gembira tersebut turut dikongsi oleh PA Tokti, Rozi atau dipanggil mesra Rozi Sang Dewi.

Katanya, ketika Tokti ke Adelaide mengadakan konsert solo di ‘Adelaide Festival Centre, OzAsia Festival’ pada tahun lalu, meski kondisi kesihatannya tidak begitu baik tetapi tampil yakin penuh amanah hingga ke akhir acara.

“Saya kira ini hadiah buat beliau. Penganjur, penonton, peminat adalah saksi hidup akan satu kesungguhan. Terima kasih semua.

“Tak pernah terfikir di Adelaide ada Walk Of Fame Siti Nurhaliza, jauh tetapi itulah perjalanan seseorang.

“Di mana ada rezeki, di situlah bertapaknya prasasti,” katanya.

Baca juga 9 bulan terpisah, video Aliff Aziz bersatu bersama isteri & anak-anak undang sebak

Sementara itu, portal tempatan turut melaporkan, yang menariknya Tokti terpilih selepas memecahkan rekod undian secara atas talian dan memenangi kategori Public Choice.

Lebih mengujakan apabila Tokti juga merupakan seorang penggiat seni negara yang pertama mendapat pengiktirafan itu di sana.

Iklan

Bersama Tokti, dua lagi selebriti yang terpilih, pemuzik terkenal Australia, William Barton yang terpilih menerusi kategori AFCT Choice dan Penari Australia, Frances Rings yang dipilih menerusi kategori Critic’s Choice.

Setiap tahun Adelaide Festival Center akan menamakan tiga selebriti atau pengkarya terhebat dunia berdasarkan tiga kategori iaitu undian orang ramai, pilihan pengkritik dan pilihan AFCT akan dipahat di Walk Of Fame sejak dilancarkan pada tahun 1973.

Iklan

Setakat ini mereka sudah menampilkan 130 nama penggiat seni dunia sejak tahun 1973.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)