Tragedi jatuh kuda, Sissy Imann perlu berehat sebulan

Untitled design (83)
Untitled design (83)
A
A
A

PENYANYI dan pelakon, Sissy Imann memaklumkan kecederaan yang dialami akibat tragedi jatuh kuda baru-baru mengambil masa dua minggu hingga sebulan untuk sembuh.

Menurut Sissy atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil​, dia akan berjumpa semula dengan doktor pakar dalam tempoh sebulan lagi untuk memastikan dia benar-benar sembuh.

“Tadi dah jumpa specialist, dia kata dua minggu hingga sebulan, Insya-ALLAH akan kembali normal. Sebulan lagi ada temujanji untuk periksa semula.

“Harap dalam tempoh itu saya akan pulih. Saya tak sabar nak berzumba lagu Beyonce ni…” kongsinya menerusi Instagram bersama gambarnya ditolak di atas kerusi roda.

Sissy juga turut mengucapkan terima kasih di atas doa orang ramai terhadapnya.

Berita Berkaitan ‘Nasib Tak Kena Pijak!’ – Sissy Imann Trauma Jatuh Kuda

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca