Tuntut permohonan maaf, Da’i Syed mahu saman penyebar fitnah

Da'i Syed - SinarPlus
Da'i Syed - SinarPlus
A
A
A

PENDAKWAH muda, Da'i Syed bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik Twitter yang menyebarkan fitnah kononnya dia telah merogol seorang gadis.

Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, 25, fitnah tersebut amat dahsyat terhadap dirinya dan dalam masa sama turut menafikan sekeras-kerasnya keseluruhan tohmahan terbabit.

Menerusi satu kenyataan kepada pihak media pada Rabu, Syed berkata, dia telah berbincang dengan peguamnya untuk tindakan yang akan diambil ke atas pihak berkenaan.

“Saya telah berbincang dengan pasukan peguam saya untuk mempertimbangkan beberapa tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh saya terhadap individu-individu yang tidak ini.

“Ia termasuklah tuntutan saman fitnah bagi mendapatkan ganti rugi berbentuk wang riuggit terhadap kerosakan ke atas imej dan reputasi saya sebagai seorang figura awam.

“Perbincangan telah memasuki fasa akhir dan pasukan peguam saya telah memulakan  tugas-tugas menyiapkan draf kertas kausa dan pengumpulan maklumat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syed turut menuntut supaya pengguna-pengguna Twitter yang berkenaan untuk memadam segala kenyataan  yang bersifat fitnah yang telah dibuat, ditokok tambah, disebarkan dan ditujukan kepadanya sama ada secara langsung atau tidak, dengan kadar segera.

“Permohonan maaf secara bertulis kepada saya juga perlu dilakukan bagi memperbetulkan keadaan. Pemohonan maaf ini kemudiannya perlu disebarkan dengan cara sama sebagaimana fitnah ke aras saya disebarkan.

“Sebarang kedegilan oleh mana-mana pengguna akaun Twitter berkenaan untuk melalukan seperti yang dituntut, akan saya terima sebagai pelawaan bagi saya memulakan tindakan saman fitnah di mahkamah terhadap mereka,” tegas Syed lagi.

Sementara itu, mengulas tentang satu hantaran di Facebook oleh pemilik akaun yang menggunakan nama Seif Jamalullail yang turut mengulas mengenai kejadian tersebut seterusnya tular di media sosial, Syed mengakui penama tersebut adalah bapa kandungnya.

Bagaimanapun, Syed berkata, hubungannya dengan bapa kandungnya itu tidak begitu baik semenjak empat tahun lalu.

“lsi kandungan hantaran tersebut telah disebarkan dan dijadikan topik-topik di portal berita atas talian.

“Saya percaya bahawa keadaan sebenar hubungan semasa di antara ayahanda saya dan saya adalah perkara peribadi yang perlu disimpan sendiri oleh saya.

“Cukuplah sekadar saya menyatakan bahawa ayahanda saya te1ah lama meninggalkan ibu saya, sejak tahun 2017, lantas berpindah ke Cairo, Mesir.

“Hubungan antara kami berdua telah keruh seawal tahun 2016 apabila beliau tidak bersetuju dengan pilihan kerjaya hidup saya untuk menyertai program Da’i yang ditayangkan di kaca televisyen.

“Namun, atas rasa hormat seorang anakanda  kepada ayahandanya, saya terima nasihat yang diberikan itu dengan hati yang terbuka,” jelasnya.

Terdahulu, Syed pada Selasa telah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter, @ainunnnajwa yang didakwa memfitnahnya merogol seorang gadis.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor susulan pemilik akaun berkenaan mendakwa rakannya mengalami trauma selepas menjadi mangsa rogol pendakwah itu.

 

(FOTO: Instagram Da'i Syed)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca