Upah daging korban : PU Azman beri penjelasan

Untitled design (2)
Untitled design (2)
A
A
A

SABAN tahun setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji / Korban, pastinya isu pengagihan daging korban menjadi antara topik hangat yang diperkatakan.

Lebih-lebih lagi, sudah menjadi kebiasaan segelintir tukang sembelih atau tukang lapah yang terlibat dengan ibadah korban untuk terlebih dahulu ‘cop’ atau memilih bahagian lembu yang mereka mahu sebagai upah.

Bagaimanapun perkara tersebut sebenarnya salah, menurut penjelasan Pencetus Ummah (PU) Azman yang juga pendakwah bebas.

“Tak boleh bagi daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah dengan niat upah. Kerana ada nilai jual beli. Sedangkan sembelihan korban bukan untuk dijual beli (ditukar ganti manfaat).

“Tapi boleh bagi daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah atas niat mereka ini sebahagian daripada fakir miskin atau masuk dalam senarai list untuk terima sedekah daging.

“Jadi tukang sembelih dan tukang lapah jangan memandai-mandai nak menentukan nak bahagian itu nak bahagian ini sampai nampak macam upah buat kerja.

“Ia adalah dalam dalil :

أَمَرَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَقُومَ عَلَى الْبُدْنِ، وَلاَ أُعْطِيَ عَلَيْهَا شَيْئًا فِي جِزَارَتِهَا.

Maksudnya:  Nabi suruh aku untuk buat sembelihan unta dan suruh aku tak bagi dagingnya sebagai upah penyembelih dan juga pelapahnya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim),” jelasnya yang turut mengingatkan orang ramai agar menjaga SOP seperti yang ditetapkan.

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca