'Kakak, aku rindu kau...' Adik luah kehilangan Nurul Asikin, hasrat sepupu buka perniagaan bersama tidak kesampaian

No Image Caption
A
A
A

DINANTI-nantikan kepulangan selepas hilang lebih 10 hari, namun yang pulang hanya jasad yang kaku. Mangsa pembunuhan Nurul Asikin Lan akan terus dirindui keluarga.

"Kakak aku rindu kau. Al-Fatihah. Semoga kau tenang di alam baharu dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, aamin.

"Ya ALLAH ampunilah dosanya, berilah rahmat-MU ke atasnya, sejahterakan dan maafkan dia," titip adiknya Nurul Asikin Lan di Facebook.

No Image Caption

Dalam masa yang sama, anak kedua daripada empat beradik itu meluahkan rasa atas kehilangan kakaknya.

"Bersusah payah ibu bapa membesarkan kakak, kamu senang-senang buat kakakku begitu.

Artikel Berkaitan:

"Ingatlah ALLAH ada. Merangkaklah kamu mencari kakakku. Sayang kau kak," titip Nurul Asmira.

No Image Caption

Polis Sarawak mengesahkan identiti mayat yang dijumpai di Jalan Setia Raja, Kuching malam Sabtu lepas adalah milik Nurul Asikin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mendapati ia positif mayat wanita yang hilang sejak 5 Disember lepas.

Sementara itu, sepupu Allahyarham, Satila Layla perancangan mereka untuk membuka perniagaan bersama tinggal kenangan selepas tragedi tidak disangka-sangka menimpa Nurul Asikin.

Menurutnya, impian bersama untuk membuka perniagaan sudah lama direncanakan, siap dengan lesen perniagaan yang sudah didaftarkan.

“Saya sangat terkilan kerana perancangan kami untuk membuka perniagaan bersama-sama tinggal sebagai kenangan.

“Cita-cita ini sudah lama kami rencanakan, bahkan lesen perniagaan sudah didaftarkan dan hampir siap.

“Kehilangan arwah umpama separuh jiwa saya hilang, sebelah kaki saya patah,” katanya.

No Image Caption

Bagaikan isi dengan kuku, itulah peribahasa yang paling tepat untuk menggambarkan hubungan akrab antara Satila dan arwah Nurul Asikin yang menjadi mangsa kezaliman manusia tidak berhati perut.

Hubungan rapat itu bukan sahaja atas dasar pertalian darah (sepupu) sahaja, tetapi juga sebagai rakan karib yang sentiasa berada di sisi arwah di mana-mana keberadaan mereka.

Menurutnya lagi, sebagai individu yang paling rapat dengan arwah sememangnya banyak kenangan manis dikongsi bersama-sama, namun terpaksa reda dengan takdir tersebut.

“Susah senang kami sentiasa bersama-sama.

“Walaupun pertalian darah kami hanya sebagai sepupu, tetapi saya sudah menganggapnya sebagai adik sendiri,” katanya.

Mengimbau tentang perwatakan Nurul Asikin, Satila memberitahu, arwah merupakan seorang yang ceria, periang dan pemurah dengan senyuman.

“Arwah mempunyai sikap yang sangat positif dan sentiasa berkelakuan baik dengan orang ramai.

“Jarang sekali melihat arwah bermasam muka kerana sudah menjadi perwatakannya sebagai seorang yang ceria.

“Saya masih ingat pesanan yang dia selalu sampaikan kepada kami sekeluarga, iaitu ‘jangan terlalu tertekan dan sentiasa gembira, tekanan tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah’,,” katanya.

Terdahulu, suspek berusia 23 tahun yang kini ditahan reman mendedahkan motif pembunuhan ialah terdesak memerlukan wang untuk perbelanjaan menyaksikan perlawanan Malaysia dan Kemboja pada kejohanan Piala Mitsubishi Electric Asean 2024 di Phnom Penh, Kemboja, 8 Disember lalu.

No Image Caption

Selain itu, suspek mengaku mengambil barang kemas mangsa iaitu gelang tangan emas dan anting-anting emas untuk digadai.

Lelaki itu juga menunjukkan lokasi mayat pada Ahad yang turut membawa kepada penemuan beberapa bahan bukti baharu antaranya pakaian, gigi dan gumpalan rambut.

Suspek dan Nurul Asikin difahamkan keluar makan selepas keluar bersama suspek pada 5 Disember.

Sumber: Facebook,Polis Sarawak, Suara Sarawak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang