5 perangai ibu ayah yang menjatuhkan keyakinan dan kepercayaan anak tanpa sedar! Salah satunya pujian yang tak bermakna

No Image Caption
A
A
A

LAIN orang, lain caranya dalam mendidik anak-anak. Bila dah jadi ibu bapa ni, memang niat kita sentiasa nak yang terbaik untuk mereka.

Namun begitu, kadangkala tanpa sedar, ada beberapa tabiat kita yang kita buat sebenarnya menjatuhkan semangat mereka secara perlahan-lahan.

Oleh itu, pelatih ibu bapa, Mohd Fhais Salim berkongsi lima habit yang boleh menjatuhkan keyakinan dan kepercayaan diri anak² secara ansur-ansur tanpa kita sengaja. Antaranya:-

1. Over-correcting

Anak salah memang kena tegur tapi kadangkala cara kita tegur itu cara yang salah juga. Natijahnya bukan mendidik tetapi anak rasa seperti mengherdik pulak..

Teguran yang baik ialah teguran yang fokus pada perbuatan yang boleh ditambah baik bukan menjatuhkan harga diri orangnya.

2. Comparison

Perbandingan secara berlebihan jarang memberi kesan positif untuk jangka masa panjang melainkan banyak memberi rasa 'insecure' membuak-buak di dalam diri anak-anak.

Insecure menambah rasa tidak pernah rasa 'good enough' dengan apa pun yang telah dicapai. Insecure buatkan anak fokus pada hasil berbanding usaha..

No Image Caption



3. Shielding from mistake

Perasaan untuk protect anak daripada kegagalan dan kesilapan itu normal je sebagai ibu bapa, tetapi terlalu nak protect anak pun tak okey juga.

Jiwa kental ( resilience ) tak terbentuk dengan puji pujian tapi jiwa kental terhasil selepas anak berjaya lalui situasi cemas, gagal dan rasa susah sendirian..

4. Over-praising

Hah ni satu lagi habit suka puji anak dengan pujian yang tidak memberi makna seperti puji good job gosok gigi, terbaik kemas katil dan seumpamanya.

Yang terbaik ialah puji pada displin anak, penjagaan kebersihan diri, usaha tanpa putus asa & rajin membaca buku. Sifat ini yang perlu diberi perhatian lebih.

5. Never listen

Ramai anak membesar dengan percaya bahawa pandangan & buah fikiran mereka tidak berguna kerana ibu bapa sendiri tidak pernah mengiktiraf apa pun mereka katakan.

Antara natijah jangka panjang anak berhenti iktiraf pandangan & fikiran sendiri dan hanya mengikut sahaja apa sahaja yang di suruh oleh orang lain..

Keyakinan dan kepercayaan ini dua perkara yang penting dalam diri anak-anak. Ia membawa kepada pemikiran mereka juga. Semoga bermanfaat pada ibu bapa semua!



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang