Uqasha dirisik keluarga Kamal Adli
BAKAL meraikan hari bahagia tidak lama lagi, pelakon Uqasha Senrose menerima rombongan merisik daripada keluarga kekasihnya, pelakon Kamal Adli, pada Ahad.
Difahamkan majlis merisik tersebut diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota melibatkan keluarga kedua belah pihak.
Bagaimanapun, baik Uqasha, 29, mahupun Kamal, 35, belum berkongsi berita mahupun foto majlis berkenaan kepada umum.
Berita dan foto majlis istimewa itu hanya dikongsikan adik-beradik Uqasha iaitu Nelydia dan Raysha menerusi laman Insta Story masing-masing hari ini.
Menurut Raysha sebagaimana dilaporkan media, mereka sekeluarga bersyukur apabila majlis merisik selesai, sebelum pasangan itu melangkah ke fasa seterusnya.
“Majlis merisik sahaja berlangsung membabitkan keluarga kedua-dua pihak. Kamal pun turut serta.
“Bagaimanapun, tarikh pertunangan, akad nikah dan majlis resepsi belum diputuskan. Semua masih dalam perbincangan. Doakan segala yang dirancang dipermudahkan,” katanya.
Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha ketika menjadi penyampai di Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) pada Disember tahun lalu.
Pasangan dua sejoli itu mula kenal rapat selepas bergandingan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad dan Perempuan Tanpa Dosa.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang