TIDAK dinafikan, sejak malam tadi, nama Neelofa menjadi trending setelah dirisik oleh keluarga PU Riz.

Selain sekitar gambar majlis merisik yang tular, turut menjadi bualan adalah sebuah video yang turut dikongsi di Instagram @lofa.page hari ini dan telah mendapat perhatian ramai apabila ditonton lebih 900 ribu tidak sampai 24 jam ia dimuat naik.

Difahamkan, video berdurasi 4.14 minit itu istimewa dibuat khas oleh salah seorang daripada peminat Neelofa.

Video itu memaparkan serba sedikit perjalanan dan aksi spontan Neelofa dan PU Riz di awal perkenalan mereka sehinggalah hubungan mereka mula menjadi rapat tanpa sengaja.

Neelofa turut repost video yang disunting beberapa bulan sebelum pengacara itu berniqab dengan berkapsyen ‘This video made me cry, MasyaAllah…’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan semoga urusan mereka berdua dipermudahkan.

Iklan

Doa mereka;

aryaniamani – Wanita yang baik untuk lelaki yang baik.

au_ziera – Sebaknyaa rasa tgok video ni. Sebab follow kerjaya Neelofa dari zaman dia free hair cerita Azura, Pilot Cafe, Meletop dari first sampai laa hari terakhir dia dekat Meletop, pastu cerita suri hati Mr Pilot, Lofatah. And smpai skrang. I feel touch bila tgok perubahan dia and dah jumpa orang yang betul-betul boleh support and bimbing dia. Pu Riz pon dah lama follow dari zaman Pencentus Ummah. I kenooottt. Rasa nak cry tgok video ni.

lofa.redland – Perfect! The song blend well with video and photos. Lofa and Haris are meant to be together, jodoh yang terbaik yang tercipta dari Allah.

Artikel terdahulu: Bakal imam Neelofa, kenali siapa PU Riz

Artikel terdahulu: (5 GAMBAR) Dulang hantaran di majlis merisik Neelofa oleh keluarga PU Riz

Iklan

norani_mahmud83 – Ya Allah tersentuhnya dengan video ni, happynya hati ini dari petang semalam, menangis terharu juga kerana dah lama tggu saat indah Lofa disuniting insan berhati
mulia #tilljannah.

umieshanielbeauty – Sama cantik sama padan la… suka sangat. Moga bahagia till jannah dan cepat-cepat nikah.

nazirahraof – Semoga Allah jaga mereka berdua dari segala kecaman dan fitnah.. Love sangat!